51 Ibu bapa SJKT Seaport DEGIL!!!

Isu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Seaport di Kelana Jaya bagaikan tiada penyelesaiannya. Segalanya berpunca daripada sikap DEGIL ibu bapa murid Рmurid. Jika anda tidak tahu apa isu dengan Sekolah tersebut saya cadangkan anda baca artikel yang ditulis oleh rakan saya di link tersebut -> Kisah sebenar SJK(T) Seaport Yang Anda Patut Tahu! @Pkamalanathan terlebih dahulu.

Ketua Pengarah Pendidkan Malaysia Pelajaran Malaysia sudah pun mengeluarkan Kenyataan Akhbar seperti berikut.

Microsoft Word - Document1

 

Terang benderang dalam kenyataan akbar itu menyatakan bahawa tapak tanah sekolah Seaport di Kelana Jaya harus diserahkan kepada PKNS kerana tanah itu diperlukan untuk pembinaan Pangsapuri. Bukan itu sahaja, Pihak Lembaga Pengurusan Sekolah juga bersetuju untuk menampung kos pengangkutan bagi pelajar – pelajar yang mempunyai masalah pengangkutan.

Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian berkata jika masih ada ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah baru, mereka sanggup membantu menguruskan anak – anak mereka di sekolah yang berdekatan di Kelana Jaya. Begitu mudah dan komitednya pihak Kementerian untuk menyekolahkan anak – anak kecil itu.

Tetapi apa ibu bapa itu buat? Mereka yang engkar ke sekolah baru masih menggunakan bangunan lama sekolah itu untuk sesi persekolah dengan bantuan NGO dan sukarelawan. Bangunan sekolah itu lama dan uzur, jika kemalangan berlaku siapa yang akan ibu bapa itu salahkan? Kementerian dah bagi sekolah Tamil yang baru, dengan segala kelengkapan baru berserta bantuan kos pengangkutan tapi mereka masih degil.

Kini mereka menyerahkan memorandum kepada pihak UN dan Suhakam untuk masuk campur dalam urusan sekolah ini.

Screen Shot 2014-02-22 at 12.06.24 PMFAKTA : HANYA 51 IBU BAPA DARIPADA 115 ORANG IBU BAPA BANTAH PERPINDAHAN KE SEKOLAH BARU. INI BERMAKNA 64 IBU BAPA YANG LAIN SETUJU UNTUK MENGHANTAR ANAK MEREKA KE SEKOLAH BARU. BUKAN ITU SAHAJA, PERPINDAHAN KE SEKOLAH BARU ITU ADALAH SAH KERANA MEMPUNYAI SOKONGAN MAJORITI DARIPADA IBU BAPA. BUKAN SAHAJA UN DAN SUHAKAM, MALAH MANA – MANA PIHAK BERKUASA PUN TIDAK BERHAK UNTUK MEMPERSOALKAN KEPUTUSAN PERPINDAHAN INI KERANA MAJORITI IBU BAPA MENYOKONG DAN SEKOLAH TAMIL BARU ITU TELAH PUN BERMULA.

APAKAH TAPAK KAWASAN SEKOLAH LAMA ITU PENTING DARIPADA PENDIDIKAN DAN KESELAMATAN ANAK РANAK MEREKA? NASIHAT SAYA, GUNAKAN PELUANG INI UNTUK MEMBERI PENDIDIKAN YANG TERBAIK KEPADA ANAK ANDA. JANGAN JADI MACAM KETAM. 

Sekian.

Print Friendly

This entry was posted in Bantuan, Barisan Nasional, Kaum India, Kebajikan, Mahasiswa, News. Bookmark the permalink.