56 Tahun Merdeka, Apa yang rakyat kecapi? #SSNC

31 Ogos lepas, Genap 56 tahun negara kita bebas dari cengkaman penjajah. Terima Kasih kepada pejuang – pejuang kebebasan dulu yang gah berjuang untuk mendapatkan kemerderkaan yang kita alami kini. Ramai yang beranggapan Kemerdekaan yang kita dapat ini harus dikekalkan, namun ada segelintir yang mengatakan bahawa negara kita masih dibawah cengkaman parti pemerintah.

Itu pendapat mereka masing masing, tetapi apa yang kita sebagai rakyat malaysia telah kecapi setelah 56 tahun kemerdekaan ini?

Apabila ditanya perkara yang kita telah capai dalam masa 56 tahun kemerdekaan ramai yang akan memberi jawapan yang sama iaitu dari segi infrastruktur, pembangunan, modal insan dan sebagainya tetapi bagi saya, rakyat kita telah matang sepenuhnya.

Saya rasa hampir kesemua rakyat malaysia telah mencapai tahap kematangan politik malaysia. Walaupun ada yang sesetengahnya masih keliru dan kabur dengan pemahaman politik namun mereka masih mencuba untuk menegakkan pandangan politikal mereka supaya diterima oleh orang lain. Rakyat kini mampu membezakan percaturan politik tak kira rakyat yang menyokong Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, masing – masing hebat dalam menyuara dan menjustifikasikan pendapat mereka. Bagaimana rakyat yang tidak seberapa matang politik tiba tiba menjadi mencapai kematangan pengetahuan politik?

Saya buat kajian dan mendapati pengaruh media sosial seperti facebook, twitter dan sebagai menjadi pemangkin dalam menaik taraf juga kematangan politik rakyat malaysia. Tetapi malangnya pengaruh fitnah dan berita tidak betul capai terlalu cepat berbanding dengan berita yang sahih. Rakyat lebih mudah termakan berita palsu daripada sahih. Syukur ada segelintir rakyat yang celik IT membuat perbandingan dalam mencari kesahihan berita yang mereka terima. Maka pengaruh media sosial merupakan faktor utama rakyat mencapai kematangan politik mereka.

Jadi kini segalanya terletak ditangan rakyat yang sudah matang dari segi pemikiran politik mereka, bagaimana mereka akan memacu kematangan dan pemikiran tersebut kearah membentuk Malaysia yang lebih lebih berjaya dan mencapai tahap kematangan pemikiran secara nasional. Segalanya terletak di tangan anda. Bijak berfikir, bijak membuat keputusan. Masa depan anda, anak anda, cucu cicit anda di tangan anda.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Rakyat. Bookmark the permalink.