7 Wanita Mati Di Hospital Gleneagles. Rakyat masih buta?

fitnahKenyataan bahawa tujuh wanita mati di Hospital Gleneagles Ampang akibat menerima bungkusan mengandungi sampel wangian atau losen yang dikatakan beracun adalah tidak benar. Polis Kuala Lumpur telah membuat semakan dengan pihak hospital berkenaan dan mendapati bahawa laporan tersebut tidak berasas sama sekali. Dua tahun lalu hospital gleneagles juga pernah menafikan berlakunya perkara yang sama di hospital tersebut.

Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin atau berita palsu tersebut. Tindakan tegas mengikut undang-undang yang ada akan diambil kepada sesiapa juga yang menyebarkannya.

Anehnya tuduhan itu muncul pada 6 Julai tahun 2013 dan masih ada juga Rakyat Malaysia yang BUTA menyebarkan berita fitnah tanpa menyelidik terlebih dahulu. Inilah akibatnya jika mempercayai semua yang dilihat di internet. Salah Siapa? Nak tuduh BN lagi?

Print Friendly

This entry was posted in PDRM. Bookmark the permalink.