Apa yang Kerajaan Malaysia rahsiakan daripada Kita?

mh370Itu persoalan yang sedang fikirkan oleh semua rakyat Malaysia akan kehilangan Kapal MAS MH370. Saya sebagai seorang blogger yang bertanggungjawab, harus menyampaikan berita yang sahih akan status pesawat tersebut.

Juga saya mengambil kesempatan untuk menjawab beberapa soalan yang mungkin anda inginkan jawapan. Saya tulis berdasarkan input yang saya terima dan kebenaran. Harap semua dapat menerima.

Apa sebenarnya terjadi kepada pesawat MAS MH370?

Pesawat tersebut yang dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi semalam terputus hubungan dengan bilik Kawalan Udara lebih kurang pukul 2.40 tengah pagi. Bilik Kawalan udara telah menghubungi bilik Kawalan Vietnam untuk memeriksa status pesawat tersebut namun mereka tidak menerima sebarang jenis isyarat daripada kapal tersebut.

Kenapa lambat mengerahkan pasukan pencarian?

Tidak. Kerajaan Malaysia tidak lambat malah sejurus Kapal itu hilang dari radar segala prosuder yang sepatutnya diambil oleh Bilik Kawalan , Jabatan Penerbangan Awam dan Kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan ke kawasan dimana pesawat tersebut hilang daripada radar. Malah Kerajaan telah meminta Kerajaan Vietnam untuk ke kawasan tersebut kerana pesawat tersebut hilang di kawasan perairan mereka.

Sudah ada kordinat kawasan hilangnya pesawat, kenapa masih tidak menjumpainya?

Betul, kita mempunyai kordinat kawasan hilangnya kapal tersebut, namun harus diingat bahawa ia adalah kapal terbang jauh diudara. Jika kapal itu terputus hubungan tidak bermakna kapal itu tidak mempunyai keupayaan untuk terbang jauh lagi. Kemungkinan besar kapal itu meneruskan perjalanan tanpa alat komunikasi dan radar. kemungkin kapal itu terhempas jauh dari kawasan kordinat terakhir.

Apa status sebenar pesawat  tersebut? dirampas? dibom? diculik? terhempas?

Baik soalan ini saya kena jawab dengan setelus hati saya, jika pesawat itu dirampas oleh pihak penganas, saya pasti pihak yang bertanggungjawab dalam rampasan tersebut sudah pasti mengistiharkan rampasan tersebut dan memberitahu permintaan mereka agar semua tahanan mereka dibebaskan. SEHINGGA KINI TIADA MANA – MANA PIHAK MENGUMUMKAN BERLAKUNYA RAMPASAN PESAWAT. Begitu juga jika pesawat tersebut dibom atau dirampas. Sudah 24 jam berlaku maka saya jangkakan pesawat tersebut terhempas di Lautan. Period. No More Questions.

Kenapa Kerajaan Malaysia asyik mengatakan “Pencarian dan Penyelamatan”, Kenapa tidak mengumumkan sahaja bahawa Kapal tersebut sudah terhempas?

Walaupun jauh dihati kita tahu kebenarnya, namun Kerajaan tidak boleh sewenang – wenangya mengumumkan pesawat itu terhempas tanpa bukti yang kukuh. Kerana sampai masa kini, Pasukan Pencarian tidak lagi menemui bangkai pesawat daripada kawasan pencarian tersebut. Sekiranya mereka berjaya mengjumpai sebarang jenis bahagian pesawat, ia akan dipastikan terlebih dahulu bahawa ia adalah milik pesawat MH 370 sebelum pengumuman rasmi dibuat. Maka saya rasa Kerajaan Malaysia memang mengikut SOP yang sepatutnya. Kita perlukan bukti sebelum mengumumkannya kerana ia melibatkan emosi pihak keluarga mangsa, rakyat Malaysia dan seluruh dunia.

Sekian.

Print Friendly
Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (3) Informasi (0) Patut Dibaca (1) Boring (2)

This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

2 Responses to Apa yang Kerajaan Malaysia rahsiakan daripada Kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>