AES : You suka tak suka ini, pendapat saya!

20121030-225932.jpg


Sistem Penguatkuasaan Kamera Automatik mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak yang mengesa kerajaan untuk menghentikan pengunaan sistem kamera ini. Pada pendapat saya sistem AES tidak sepatutnya dihentikan kerana bagi saya ia mampu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia. Pemandu Malaysia mempunyai masalah ‘atitude’ pemanduan kenderaan dimana mereka sering kali melakukan kesalahan jalanraya dengan sambil lewa. Jika tertangkap dengan pegawai polis, mereka akan merayu dengan pegawai tersebut supaya dilepaskan, pegawai polis pula bersikap lembut hati memaafkan mereka dengan syarat mereka tidak mengulanginya paling tidak pun menerima saman. Tetapi pemandu sebegini, masih melakukan kesalahan jalanraya.

Dengan adanya AES, pesalah jalanraya dapat dikenalpasti secara cepat dan tangkas. Sebagai contoh kemalangan bas yang meragut nyawa penumpang boleh dikurangkan sekaligus. Apakah anda tidak mahu? Saya pun pelik dengan alasan yang diberikan oleh pelbagai pihak yang kata AES akan menyusahkan pemandu dan rakyat malaysia. Saya nak tanya sikit. Jika semua pemandu, memandu dalam hadlaju yang ditetapkan, kamera tidak akan menangkap gambar anda dengan kereta anda. Logik? Jadi kenapa takut dengan AES?

Satu lagi sebab yang diberikan ialah menjadi mangsa keadaan. Ada segelintir katakan bahawa jika kenderaan dihadapan terlalu laju dan terlepas dari kamera AES maka kereta kedua akan ‘terkena’ dalam gambar AES. Wahai rakan-rakan sekalian, kamera yang dipasang bukanlah kamera murah murahan yang boleh didapati di Chow Kit. Kamera tersebut ialah kamera perangkap laju. Ia dibina untuk menangkap gambar kereta yang meluncur dengan laju. Jadi jangan takut. Jangan gunakan alasan semata – mata untuk lepaskan diri daripada AES.
Apa yang saya cadangkan kepada pihak kerajaan dan Kementerian Pengangkutan Jalan ialah :

1) AES tidak patut dihentikan operasinya dan perlu diteruskan.
2) Lokasi pemasangan kamera AES dalam bandar perlu dikaji dan bersesuai dengan tempatnya.
3) Kamera AES yang diletakkan di lebuhraya tidak perlu dihentikan operasinya.
4) Pengampunan kali pertama dan terakhir diberikan kepada pesalah traffik AES (sekali sahaja)
5) Kerajaan mengambil alih 100% pengurusan AES ini.
6) Modul kursus memandu perlu dikaji balik dan bersesuai dengan masa kini.
7) Kerajaan harus tegas dalam ‘educating’ pemandu malaysia ini, jadikan ia sebagai teladan.


AES tidak akan menyusahkan sesiapa sahaja, asalkan mereka ikut hadlaju dan peraturan jalan yang ditetapkan. Sila mainkan peranan anda sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab. Sistem AES telah digunakan dibanyak negara maju dan ia terbukti keberkesanannya dalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Kenapa bagi alasan, bukankah ini untuk ‘public importance’ atau Faedah Awam.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, ETP&GTP, Lain - lain, Mobile. Bookmark the permalink.