Ajaran sesat baru di Malaysia?

Penulis hanya mampu ketawa terbahak – bahak apabila terlihat ada individu yang tidak tahu membezakan ajaran agama dengan pandangan politik. Cuma saya kecewa apabila “HINDRAF MAKKAL SAKTI” diagungkan sebagai satu agama baru oleh segelintir pemimpin india pro Pakatan Rakyat. Terbaru seorang pemimpin tempatan Shah Alam mengelarkan“HINDRAF MAKKALSAKATI (Makkal Sakti) ” sebagai Religious Views di Facebooknya.Bukan itu sahaja PERSATUAN pula dijadikan sebagai satu alat politik oleh beliau.

Dahlah salah dalam mengeja Makkal Sakti malahan individu tersebut seolah tidak mengetahui Hindraf dan “Makkal Sakti” bukan lagi teman sekatil dalam perjuangan politik HINDRAF. Teman semua tolong jelaskan saya, Macam mana sebuah Persatuan (persatuwan dalam bahasa individu tersebut) boleh menjadi pandangan politik? Persatuan tergolong dalam katergori NGO iaitu Non Government Organization tetapi individu tersebut bagaikan tidak memahami langsung konsep NGO dan Parti Politik. Dia tidak tahu ke?

Penulis berasa kesian akan individu ini yang kian terpesong arah. Semua sanggup dilakukanya semata – mata untuk kepentingan politik, sampaikan beliau tidak tahu yang sedang dilakukanya. Yang pasti ada pihak ketiga yang memacu beliau kearah yang salah dengan mengaburi mata beliau dengan jawatan. Taubatlah wahai saudara!

Print Friendly

This entry was posted in DAP, Kaum India, Kebajikan, Lain - lain, News, NGO, Pakatan Rakyat, PKR, PRU13, Selangor and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.