Apa itu Generasi Belia? @HariBelia2012

Generasi belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan mereka berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara.Keupayaan mengembleng tenaga belia akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara. Dari segi umur belia ialah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Walau bagaimanapun dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti, tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun.Matlamat Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020.

Print Friendly

This entry was posted in Hari Belia 2012. Bookmark the permalink.