Bahang Pemilihan MIC #MIC67

MIC_logo Pemilihan MIC semakin panas apabila tarikh pencalonan bagi jawatan CWC hampir tamat. Ramai perwakilan masih lagi membuat tinjauan dalam kalangan akar umbi sebelum menyerahkan borang pencalonan mereka. Ternyata pemilihan CWC MIC kali ini adalah yang terpanas selepas pemilihan pertama Dato Sri Samy Vellu.

Ramai yang ingin mencuba nasib dalam pemilihan kali ini. Pemilihan kali ini juga menarik kerana ramai Ketua – Ketua Pemuda mengambil alih jawatan Ketua Cawangan dan ada juga yang menjadi Ketua Bahagian pada usia yang muda. Ini dijangka akan merancakkan lagi Pemilihan MIC.

Seperti mana yang kita tahu, bagi jawatan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel telah  mengekalkan jawatannya selepas berbincang dengan Dato Sri Najib, Dato Sri Subramaniam dan 3 naib presiden MIC. Ekoran daripada perjanjian damai antara Dato Sri Subramaniam and Datuk Seri G.Palanivel, jawatan Presiden MIC secara automatik kekal kepada penyandangnya.

Ketua Pemuda MIC, Saudara T.Mohan pula tidak akan mempertahankan Kerusi Ketua Pemudanya dalam pemilihan sayap Pemuda MIC. Ini menjadikan 2 nama pemimpin pemuda MIC yang dijangka akan bertanding untuk jawatan tersebut. Antara 2 pemimpin Pemuda MIC yang dijangka akan bertanding ialah Saudara Sivarraajh Chandran (Setiausaha Pemuda) MIC dan Saudara Mugilan , (Timbalan Pemuda MIC). Pemilihan Pemuda MIC guna dijangka akan rancak dan panas.

Bagi pemilihan Wanita MIC, Desas- desus mengatakan bahawa Datin Komala, penyandang Kerusi Wanita MIC tidak akan mempertahankan jawatannya. Saya telah mendapat 2 nama yang mungkin akan bertanding, namun saya tidak dapat umumkan disini kerana saya  belum mendapat pengesahan daripada mana-mana pihak.

Dalam masa yang akan datang, saya akan terus mengkemaskini mengenai pemilihan MIC.

Print Friendly

This entry was posted in MIC, PRU13 - MIC and tagged . Bookmark the permalink.