Thaipusam Batu Caves hub penyebarkan Kempen Bersih 2.0?

Sambutan Thaipusam sememangnya tidak asing lagi untak rakyat Malaysia. Penganut beragama hindu akan menunaikan nazar mereka kepada Tuhan Muruga. Kebiasaanya ribuan penganut beragama Hindu akan turun menunaikan nazar  di Batu Caves , Thanner Malai Kovil Pulau Pinang dan beberapa tempat beribadat lain.

Keadaan ini, kini digunapakai oleh Bersih 2.0 untuk kepentingan mereka. Walau berapa puluh ratus kali dicakapanya ia adalah sebuah badan pertubuhan tanpa melibatkan sebarang campurtangan politik tapi penulis tahu terdapat beberapa tangan belakang yang menyuruh atau mengerakkan setiap pelan Bersih 2.0 .Terbaru Batu Caves telah dipilih sebagai HUB atau  pusat berkempen untuk bersih 2.o dimana mereka terang – terang memasang banner mengesa kerajaan meluluskan 8 Syarat Bersih 2.0 dan barulah Pilihanraya 13 diadakan.

Kawasan – Kawasan kuil perlulah bebas politik kerana penganut yang datang adalah untuk menunaikan nazar mereka dan bukanya untuk mendengar cerita atau menyertai kempen bersih 2.0. Janganlah jadikan tempat ibadat sebagai pusat penyebaran kempen semata – mata untuk tujuan politik.

Apakah mereka terdesak sehingga terpaksa mempergunakan pusat ibadat sebagai pusat menyebarkan fahaman mereka? Apa kemestian gerai atau khemah bersih 2.0 kalau bukan misi tersirat untuk meracuni minda penganut sekali gus menanam sikap benci terhadap kerajaan?

psssttt : Pasang Khemah Bersih 2.0 sebab semua penganut Hindu akan mengenakan pakaian kuning pada hari Thaipusam? nak tipu media antarabangsa dengan ayat “RIBUAN ANGGOTA BERSIH HADIR KE THAIPUSAM”? Sudahlah. tempat ibadat biarlah benar – benar BERSIH politik!

Print Friendly

This entry was posted in Bersih 2.0, Selangor and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.