Bekas Menteri VS Menteri

MIC_logo

Kawasan parlimen Segamat akan menyaksikan pertembungan antara bekas menteri kesihatan iaitu Dato Chua Jui Meng dengan Menteri Sumber Manusia, Dato Seri Subramaniam. Tak tahu sama ada kerusi ini adalah kerusi panas tetapi faktor calon adalah penting dalam mana – mana pilihanraya.

Faktor Usia

Dato Seri Subramaniam berumur 60 tahun manakala Dato Chua Jui Meng berumur 70 tahun. Saya rasa calon yang berumur 60 tahun adalah pilihan yang  tepat berbanding 70 tahun. Faktor usia ini penting kerana ini memastikan wakil rakyat mampu memberi khidmat mereka yang terbaik dan mereka haruslah seorang calon yang sihat dan tidak terlalu tua. Dari segi usia, ternyata Chua Jui Meng bukanlah calon yang sesuai untuk bertanding bukan sahaja di kawasan Segamat tetapi di mana – mana kawasan juga.

Faktor pengalaman.

Dato Chua Jui Meng pernah memegang jawatan dalam kabinet selama beberapa penggal . Beliau merupakan seorang ahli politik veteren manakala Dato Seri Subramaniam baru satu penggal jadi Menteri. Jadi wajar Menteri baru ini diberi mandat untuk terus menjana idea baru dan mampu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

Faktor Kawasan

Segamat merupakan kawasan parlimen yang pernah ditandingi dan dimenangi oleh Dato Sri Subramaniam manakala bagi Chua Jui Meng pula kawasan ini adalah baru. Ini kerana Permintaan Chua Jui Meng untuk bertanding di Bakri dan Gelang Patah tidak direstui oleh Pakatan Rakyat, Jadi Chua Jui Meng tidak mempunyai pilihan lain daripada akur kepada pilihan parti.

Saya hanya pilih dari segi 3 kategori sahaja, Jika dilihat secara teliti kita pun tahu Dato Sri Subramaniam adalah calon yang sesuai dan winnable candidate bagi kawasan Segamat. Kenapa kita perlu “menguburkan” Menteri yang berkhidmat dengan cemerlang?Tepuk dada tanya selera.

Print Friendly

This entry was posted in PRU13 - MIC, PRU13 - Terkini. Bookmark the permalink.