Bendahari MIC disuruh letak Jawatan

Ramanan-MICPagi tadi kita dikejutkan dengan berita perletakan jawatan oleh Bendahari MIC Datuk Ramanan merangkap Pegawai Khas Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ekoran daripada keputusan Mahkamah yang membuktikan kes penyelewengan duit yang dilakukan oleh Datuk Ramanan. Bukan terkejut pasal beliau letak jawatan tetapi begitu cepat beliau letak jawatan sebab dia mempertahankan kenapa beliau tidak perlu melepaskan jawatan sejak beberapa hari yang lalu.

Saya juga menerima info sebenarnya Datuk Seri G.Palanivel dan beberapa pemimpin tertinggi parti MIC telah meminta Datuk Ramanan untuk letak jawatan dengan sendiri kerana secara terang – terang Datuk Seri G.Palanivel berkata beliau terpaksa melucutkan jawatannya jika Datuk Ramanan engkar kerana ini melibatkan kredibility dan imej MIC.

Biar apa pun kami harap agar Bendahari yang baru dapat dipilih dalam kalangan ahli CWC MIC, pastikan calon itu layak, berkaliber dan mampu menjamin keutuhan peti simpanan duit MIC.

Print Friendly

This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.