#Bersih3.0 : PAS MELAKA “JANJI SYURGA” kepada bukan Islam?

Pelbagai kerenah telah pun ShiZone tengok dalam Himpunan Bersih 3.0 Ahad lalu. Rata – rata ia sepenuhnya bermotifkan politik walaupun ada pengelibatan beberapa pihak yang dikatakan Non – Partisan. Apa yang mencuit hati ShiZone ialah apa yang tertera di baju penyokong PAS Melaka yang mempunyai ayat Tamil!

Fuyoooo Parti PAS yang secara asasnya untu yang beragama Islam kini nampak gayanya menjanjikan “Syurga” kepada yang bukan beragama islam. Tetapi bagaimana pula dengan hukum Hudud? Yang bukan islam tidak menyokong perlaksanaan hudud apakah mereka sanggup mengugurkan rancangan atau pelan perlaksaan hukuman hudud?

Bukti PAS terdesak untuk meraih sokongan bukan islam untuk membantu parti itu untuk menang lebih banyak kerusi dalam pilihanraya yang akan datang. Apakah calon yang bukan beragama islam akan diberi peluang untuk bertanding atas tiket PAS atau calon PAS? Bolehkah mereka memberi kerusi untuk kaum cina untuk bertanding bagi pihak PAS? Jawapannya kita sudah tahu, bahawa sememangnya tiada cara langsung bagi parti tersebut untuk memberi laluan kepada kaum lain kerana secara asasnya PAS adalah PARTI ISLAM yang sudah terpesong arah.

pssstttt : PAS masuk ayat taamil dalam baju ingat semua india akan sokong PAS ke? berangan je lah!

Print Friendly

This entry was posted in Bersih3.0, News, NGO, Pakatan Rakyat, PAS, PRU13, Rakyat, Selangor and tagged , , , . Bookmark the permalink.