#Bersih3.0 : Provokasi Pakatan berbentengkan warga emas?

Masih ramai yang terfikir kenapa saya masih membawa isu – isu bersih walaupun ia telah berakhir pada sabtu lepas. Ada banyak saya belum kongsikan kepada kalian semua dan mungkin esok akan saya akhiri pengalaman saya , apa yang saya tengok ,dan kebenaran yang berlaku sewaktu Bersih3.0.

Posting saya pada hari ini mengenai pengelibatan warga emas dalam demo bersih. Dalam usia setua ini mereka patut berehat dirumah tapi mereka turun bersama puak bersih3.0. Apakah benar golongan tua ini turun untuk membersihkan sistem pilihanraya? Tetapi sangkaan saya salah apabila warga emas yang perhatikan sejak pagi tadi sememangnya suka provokasi terutamanya pada pihak polis.

Lihat video klip ini.

Bukan itu sahaja, kelihatan warga emas itu ‘menjelajah’ hampir semua kawasan yang dipenuhi oleh polis berbual dan mengadilkan perhimpunan bersih 3.0. Juga kelihatan beliau memegang bunga kuning yang dipegang oleh auntie bersih. Retorik? *BLUR*

sewaktu beliau ‘menjelajah’ beliau sentiasa diawasi oleh salah seorang dari Bersih 3.0 dan menghentikan beliau ketika perkataan yang warga emas itu guna lebih kasar. Rupanya beliau dari mereka….. Kesian terpaksa berbentengkan warga emas

Pssstttt : Kebenaranya ramai masyarakat india menolak untuk menyertai Bersih 3.0 bukti Ambiga bukan elemen penarik kaum india untuk turut serta dalam demo tersebut!

Print Friendly

This entry was posted in Bersih3.0, DAP, Kaum India, News, NGO, Pakatan Rakyat, PDRM, PKR, PRU13, Rakyat, Selangor and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.