Blogger Dhanyaraam pengkhianat?

Blogger dhanyaraam dikritik hebat dikalangan pembangkang dan rakan – rakannya khususnya india kerana blogger dhanyaraam dikatakan mengkhianati rakan sekolahnya sendiri dengan membuat laporan pihak polis sehingga mahasiswa USM diheret ke balai polis untuk siasatan lanjut. Ramai diantara mereka kata dhanyaraam mungkin boleh menasihati rakannya untuk mengeluarkan posting tersebut atau tidak membesarkan hal ini. Nasihat telah pun diberi oleh blogger kepada rakannya dan keengganan rakannya itu punca masalah. FAKTA: LAPORAN POLIS TIDAK DIBUAT OLEH DHANYARAAM!

Sebelum itu sepada semua yang sibuk menyibuk cuba menggunakan situasi untuk memburukan nama blogger dhanyaraam. Sila baca ini dan bagitahu saya samaada apakah mereka ini semua juga boleh dilabel sebagai pengkhianat? INI ANTARA LANGKAH YANG TERBAIK SAYA AMBIL UNTUK BUAT SEMUA MEMAHAMI SITUASI BLOGGER TERSEBUT!

Dalam filem Mudhlavan, Arjun akan membunuh bekas ketua menteri yang telah membunuh ibubapanya dan juga untuk kebaikan rakyat tamil nadu. Apakah Arjun boleh dianggap sebagai pengkhianat apabila membunuh bangsa sendiri?

Dalam filem INDIAN, Kamal Hassan akan membunuh anaknya sendiri kerana anaknya makan rasuah. Apakah kamal Hassan seorang pengkhianat  kerana membunuh anaknya yang seorang pegawai kerajaan dalam filem terbabit?

Bekas ketua Menteri Tamil Nadu juga dalam filemnya berjudul “Naam Naadu” (NEGARAKU) akan mengharungi segala masalah untuk membantu membebaskan negara dari orang jahat. Dalam satu adegan beliau akan melaporkan kepada polis tentang rakannya yang terlibat dalam komplot penjahat semata – mata mahu kawannya sedar dan kembali ke pangkal jalan. Apakah MGR sendiri pengkhianat?

Walaupun raam bukan pelakon namun apabila tindakan yang diambil oleh pelakon dalam filem boleh diterima oleh masyarakat kenapa tidak apabila ia berlaku di realiti? Double standard?

Ramai kata tindakan raam itu semata – mata untuk mendapat nama dan populariti tapi bagi penulis sebenarnya tindakan Raam menunjukkan RAAM Tidak BIAS mahupun PILIH KASIH kepada sesiapa pun yang melakukan melakukan kesalahan mahupun dari kalangan yang beliau kenali! Itu semangat pejuang Malaysian KamiKASE Bloggers!

Saya percaya tindakan yang diambilnya adalah betul dan benar. Kenapa?

Terdapat beberapa kes dimana pembunuh post difacebook tentang rancangan pembunuhan mereka. Gurauan?

Apabila isu – isu sebegini berlaku maka ia bukan lagi gurauan lebih – lebih apabila melibatkan ugutan bom terhadap Perdana Menteri. Individu itu bukannya pelajar sekolah malah sorang mahasiswa di IPTA yang sepatutnya tahu akan keseriousnya apabila mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Kepada semua yang mengkritik tindakan dhanyaraam saya nak tanya kepada semua, jika betul betul letupan bom berlaku sewaktu PM Najib tiba di USM dan ia tidak diletakan oleh Mahasiswa tersebut. Apakah semua yang sibuk mengkiritik boleh memberi jaminan dan secara rela bertanggungjawab akan kejadian tersebut? Apa macam ada beranikah?

pssssttt: Ayah Mahasiswa tersebut adalah penjawat awam dan pelajar merupakan mahasiswa di IPTA. hendak dibomnya ketua pemimpin negara yang mentadbir periuk nasi dan menara gading keluarga mahasiswa terbabit? Berani buat berani tanggung! kalau masih ada yang rasa ia masih adalah gurau semata – mata, cubalah kalian semua post gurauan berbentuk itu dan tengok natijahnya.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Kaum India, Mahasiswa, MIC, News and tagged , , , , . Bookmark the permalink.