BONGKAR : Kerajaan Selangor tipu rakyat dengan Projek Rumah Mampu Milik?

Isu projek rumah mampu milik semakin menjadi isu di negeri Selangor. Ini kerana pihak Barisan Nasional mengatakan Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat tidak membina rumah mampu milik yang secukupnya seperti yang dijanjikan kepada rakyat selangor. Bagi penulis saya tak kisah samaada BN atau Pakatan rakyat yang bina rumah mampu milik asalkan rakyat selangor yang berpendapatan rendah mampu memilik hartanah di kawasan bandar. Tapi apakah Kerajaan selangor dengan usahasama PKNS prihatin dalam membina rumah mampu milik di Selangor? Ayuh kita kaji.

Jika melihat gambar ini, tiada apa -apa yang signifikan, cuma papan tanda biasa diluar kawasan mana – mana pembinaan pun tetapi jika dilihat teliti beberapa segmen penting, anda akan faham betapa besarnya dan bezanya projek tersebut.

kedua – dua papan tanda ini menjadi penentu bukti kerana kedua – dua papan tanda tersebut membawa dua maksud berlainan yang saya percaya sudah mengelirukan rakyat khususnya penduduk setempat

Papan tanda kecil ini mengatakan bahawa ia adalah tapak cadangan pembinaan 60 unit pangsapuri kos sederhana yang penduduk setempat percaya bahawa ialah adalah salah satu daripada projek Rumah Mampu Milik kerajaan Negeri Selangor bersama PKNS dan sememangnya kawasan Shah Alam ada dalam senarai pembinaan Rumah Mampu Milik. Bukan itu sahaja, dua jenis rumah yang dibina dibawah projek Rumah Mampu milik ialah Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana bertujuan untuk membantu rakyat selangor yang berpendapatan rendah iaitu dari Rm2500 hingga Rm3000. Tetapi lihat papan tanda seterusnya.

Papan tanda yang besar pula menyatakan pembinaan 60 unit pangsapuri KOS TINGGI! Aik macam mana boleh jadi ini? papan tanda kecil mengatakan ialah adalah tempat untuk pembinaan rumah pangsapuri kos rendah tapi yang dibinanya pula pangsapuri kos tinggi? Mana satu kebenarannya?

Penulis keliru kerana kawasan pangsapuri baru ini adalah diantara kawasan 100% pemilikan atau terdiri kepada Rumah Kos rendah. kenapa perlu membina pangsapuri Kos Tinggi sedangkan Kawasan itu boleh dibina Pangsapuri Kos sederhana bagi menampung permintaan rakyat selangor berpendapatan rendah?

Nak cerita syok lagi? Dikawasan pembinaan ini iaitu seksyen 18 Shah Alam adalah tempat tinggal YB Rodziah binti Ismail yang juga exco kerajaan Negeri Selangor dan juga Markas PAS YB Kharlsberg Khalid Samad. Adakah kedua – dua YB ini terlepas pandang? atau ada cerita disebalik menutupkan projek kos rendah kepada kos tinggi?

Kerajaan Pakatan Rakyat menyalahkan Kerajaan Persekutuan antara penyebab harga rumah melambung naik di Malaysia tetapi apa yang mereka lakukan di selangor? Atas nama projek rumah mampu milik kos rendah dan kos sederhana, kesemua tanah ditukar menjadi projek kos tinggi? Jika kesemua projek rumah mampu milik selangor berselindung dibawah nama kos rendah, mana boleh rakyat selangor boleh membeli rumah? Ingat kawasan menteri besar (seksyen 7) je ada orang berpendapatan rendah? kawasan lain tiada? Bina satu dua blok tetapi poyo depan media macam sudah bina di merata tempat! Lagi rakyat selangor ditindas!

pssstttt : Ingat satu projek kos tinggi je ke? Ada lagi banyak di Shah Alam……..

Print Friendly

This entry was posted in Kebajikan, News, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, PRU13, Rakyat, Selangor. Bookmark the permalink.