BONGKAR | Senarai nama penerima pinjaman pendidikan Selangor

Ramai yang semakin muak dengan tindakan segolongan mahasiswa yang dipacu oleh sesetengah pemimpin pembangkang untuk menimbulkan rasa dengki dan tidak sayang pada negara melalui kuasa mahasiswa. Terbaru tindakan segolongan mahasiswa meminta PTPTN dilupuskan supaya peminjam atau bekas peminjam tidak dibebani oleh hutangan pelajaran mereka. Saya nak tanya sikit pada semua mahasiswa yang demo dan degil mahu mengadakan demonstrasi besar – besaran berkaitan dengan pelupusan hutang PTPTN, Apakah PTPTN itu satu paksaan atau tawaran yang dimohon oleh mahasiswa sendiri?

Nak sangat demokan, nah saya bagikan paparan dokumen senarai nama peminjam pendidikan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada september 2011(Terbaru)

lebih 273 pelajar telah diluluskan dimana ia melibatkan pinjaman hampir 6 juta. yelah ternyata ianya lebih murah jika dibandingkan dengan pinjaman PTPTN tapi hutang – tetap hutang, beban tetap beban. Kenapa mahasiswa yang hebat nak berdemo tidak bermula dengan yayasan negeri selangor? Apakah anda hanya mendapat arahan untuk berdemo untuk PTPTN yang dibawah pengawasan Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional?

Lagipun perjanjian yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor lebih kurang sama dengan perjanjian PTPTN. So apa tunggu lagi, ada berani untuk berdemo depan bangunan SUK dan Yayasan Selangor?

Akan Bersambung……………….

pssssttttt : Sesetengah mahasiswa ingin menggunakan kesempatan ini untuk melupuskan hutang mereka tapi mereka lupa pemohonan yang buat perjanjian kepada PTPTN.

Print Friendly

This entry was posted in Bantuan, Barisan Nasional, Bersih 2.0, DAP, Gerakan, Lain - lain, Mahasiswa, News, Pakatan Rakyat, PAS, Selangor and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.