BR1M ditolak, bantuan dari wang poket MP Hulu Selangor cc: @Pkamalanathan @Najibrazak

Bagi sesiapa yang membeli akhbar NST minggu lepas mungkin terbaca berita Chinnamah dimana permohonan BR1M atau Bantuan Rakyat Satu Malaysia ditolak oleh Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana tedapat maklumat yang salah diisi oleh pemimpin kawasan tempat tinggalnya bagi pihaknya.

Harapan atau hasrat Chinnamah yang telah membuat perancangan untuk menggunakan wang tersebut hancur berkecai apabila mendapat surat dari pihak LHDN yang mengatakan beliau tidak layak untuk mendapat bantuan. Oleh kerana tidak puas hati dengan apa yang berlaku, Adik Chinnamah telah menulis surat kepada pihak NST menerangkan kisah yang dialami oleh kakaknya.

Berita itu telah menarik perhatian MP Hulu Selangor, YB P.Kamalanathan yang turun membantu menyelesaikan masalah yang dialami oleh Chinnamah. Namun sudah terlambat untuk membuat rayuan bagi kes Chinnamah. Bagi membantu Chinnamah, MP Hulu Selangor telah mengeluarkan “Wang Poket sendiri” bagi memberi bantuan sebagai BR1m kepada Chinnamah. Isu tersebut selesai dalam masa 2 hari. Inilah satu ciri – ciri pemimpin yang berjiwa rakyat dan Winnable candidate yang dicari – cari oleh Kepimpinan Dato Seri Najib Razak.

(klik untuk besarkan)

Syabas dah Tahniah saya ucapkan kepada YB P.Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor kerana pantas menyelesaian masalah yang dialami oleh rakyat di kawasan parlimen beliau!

Print Friendly

This entry was posted in Bantuan, Barisan Nasional, Belanjawan 2012, ETP&GTP, Kaum India, Kebajikan, MIC, Selangor and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.