Bukti PM kotakan Janji Hindraf. Waytha perlu undur sepenuhnya

Waythamoorthy yang sudah pun letak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta Perdana Menteri Najib untuk turut letak Jawatan kerana PM didakwa tidak menunaikan perjanjian yang dimeterai dengan hindraf sebelum Pilihanraya Umum yang lalu.

Ramai yang menyerang Waythamoorthy akan kenyataan dia yang meminta PM berundur dari jawatan Perdana Menteri namun saya mengambil masa buat kajian sedikit apakah benar PM tidak menunaikan perjanjiannya dengan Hindraf?

Sila teliti Memorandum yang dipersetujui bersama Barisan Nasional dan Hindraf pada tahun lepas.

(Click to Download )

DOWNLOAD MOU HINDRAF & BARISAN NASIONAL

Apa yang diminta Waythamoorthy seakan meminta satu Kementerian Khas untuk India. Jika PM bersetuju untuk menubuhkan Satu Kementerian Khas untuk Komuniti India, pemimpin dari Komuniti lain juga akan bertindak meminta Kementerian Khas dimana ia akan menjejaskan prestasi Kabinet Kerajaan Malaysia. Bukan itu sahaja, perjanjian yang dimeterai boleh dianggap agak keterlaluan namun ingin saya TEGASKAN bahawa PM Najib Razak mengotakan janjinya. Bukti penunaian janji Hindraf boleh dilihat ketika Bajet 2014 yang dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia tahun lepas. Berikut adalah Sebahagian daripada teks berbunyi:

(Dari Bajet 2014)

Screen Shot 2014-02-19 at 12.42.17 PM

Jika anda baca teks penuh Bajet 2014, anda akan sedar bahawa perkara yang diminta oleh Hindraf telah pun ditunaikan dimana Peruntukkan ini akan diturunkan kepada Kementerian yang berkenaan dan tugas Waythamoorthy adalah untuk memantau samada peruntukkan ini sampai ke tangan yang memerlukan. Bukan memaksa Perdana Menteri untuk menyalurkan peruntukkan kepada Waythamoorthy. 

Hindraf walaupun telah berkecai kepada beberapa bahagian telah diberi mandat dan diberi tanggungjawab untuk memikul sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan memantau. Baru lapan bulan sudah letak Jawatan, cuba kaji dalam masa 8 Bulan kerajaan ditubuhkan, Perdana Menteri telah menunaikan 40% daripada apa yang Hindraf minta. Patutnya Waythamoorthy patut tunggu dan bukannya terburu – buru. Mustahil untuk melaksanakan 100% perjanjian dalam masa 8 Bulan.

Jadi yang perlu bersara sepenuhnya ialah Waythamoorthy Ponnusamy yang GAGAL memantau amanat yang diberikan oleh Wakil Hindraf. Lepas ini jangan menyalahkan Barisan Nasional. Keajaiban tidak berlaku semalam, tenggungjawab yang diberikan oleh Hindraf dibazirkan oleh Waythamoorthy. Jadi Waythamoorthy perlu berundur sepenuhnya dari hindraf. Anda tidak Layak.

Lapan Bulan pun tidak tahan apatah lagi merangka pelan tindakan untuk 5 Tahun

Print Friendly

This entry was posted in Bantuan, Barisan Nasional, Kaum India, Kebajikan. Bookmark the permalink.