Cerita Waytha : Pejabat Mewah Waytha di JPM – Part 3

Penafian :Gambar -gambar dalam artikel ini diambil pada beberapa bulan dahulu mungkin berbeza dengan keadaan terkini pejabat tersebut. Gambar-gambar ini adalah tulen yang dirakam menggunakan telefon bimbit.

STRAIGHT TO THE POINT.

Apabila penulis mencecah kaki masuk ke pejabat Tuan Senator Waythamoorthi selepas beliau mengambil sumpah ini yang penulis nampak. Penulis pernah bekerja di pejabat yang sama dari 19 July 2012 hingga 6 Mei 2013. 

Kerusi baru , carpet baru , cat dinding baru , meja baru , TV LED baru dan lain-lain pengubahsuaian telah dibuat.

Menurut sumber kos ini menelan belanja yang besar  kerana pengubahsuaian ini termasuk sekali bilik pegawai-pegawai beliau yang juga dari kalangan penyokong HINDRAF.

Ini merupakan usaha PERTAMA Tuan Senator selepas mengambil sumpah dalam proses mentransformasikan masyarakat India iaitu :

TRANSFORMASI PEJABAT

yang penulis kira tidak perlu dan hanya buang duit. Bagaimana pula pejabat ini pada asalnya? Penulis berjaya memperolehi dua contoh pejabat yang masih menggunakan ‘setting’ asal Jabatan Perdana Menteri dan ianya seperti dibawah :

Pejabat A
Pejabat B

>>Apakah keperluan untuk Tuan Senator membuat pengubahsuaian? 

>>Bukankah Tuan mahu membantu masyarakat India?

>>Jika Timbalan Menteri sebelum ini boleh ‘hidup’ dengan pejabat yang sama tanpa ubahsuai , kenapa pula dengan pejabat itu sekarang?

>>Duit ini dibayar kerajaan bukan?

 >>Jadi Tuan Senator , apakah benar PM tidak membantu kamu? 

>>Atau peruntukkan untuk mengubahsuai rumah pula tidak diluluskan? 

Sumber : www.Dhanyaraam.blogspot.com

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Kaum India, News. Bookmark the permalink.