Chew Mei Fun Calon BN PRK Kajang?

1-Chew-Mei-FunNama Datin Paduka Chew Mei Fun disebut – sebut  dalam kalangan pemimpin MCA yang kami jangkakan mungkin akan dipilih sebagai Calon Barisan Nasional untuk PRK Kajang. Chew Mei Fun ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009. Beliau dilantik sebagai senator setelah gagal mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya 2008.

Pada 8 April 2010, Chew Mei Fun meletak jawatan Ketua Wanita MCA dan jawatan timbalan menteri wanita dan pembangunan masyarakat. Sebelum ini, pada 28 Mac 2010 semasa Pemilihan MCA 2010, beliau pernah berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA masih memilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandal seks DVD dilantik sebagai presiden.Chua Soi Lek berjaya menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting dengan majoriti tipis .

Print Friendly

This entry was posted in PRK Kajang and tagged . Bookmark the permalink.