DAP SS7 BANTAI PKR SS7 supaya bantah hudud?

Isu hudud semakin panas dengan kenyataan pelbagai pihak yang membantah implimentasi hudud di Malaysia. Yang hangatnya ialah Parti DAP, dibawah pimpinan Karpal Singh sekeras – kerasnya membantah hukuman hudud ini dan ia telah mencapai ketahap dimana timbulnya perselisih fahaman antara Parti PAS dengan DAP. Parti PKR pula cuba berdiri tengah dan main selamat antara dua parti ini. Rasanya Parti DAP sudah muak dengan kerenah PKR yang suka meloloskan diri dalam semua hal, mula mendesak PKR untuk menyatakan prinsip mereka dalam isu hudud.

Terbaru, sewaktu penulis berkunjung ke Paradigm Mall, kami terserempak dengan papan tanda PKR SS7 yang telah ditampal dengan kertas berlogo DAP dan NO Hudud. Apakah ia dilekatkan oleh pihak DAP SS7 bagi mendesak PKR untuk turut serta membantah cadangan hudud tersebut?

image

Posted via Samsung TAB 10.1

Print Friendly

This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.