DAP,PKR,HINDRAF,NIAT tidak akan bersatu walaupun tanpa MIC cc: @vellpaari

Penulis merujuk kepada artikel Freemalaysiatoday “Indian groups divided over MIC unity talks”. Isunya amat mudah PKR,DAP,HINDRAF dan NIAT tidak mahu mengadakan perbincangan perpaduan bersama MIC. Saya tidak terkejut dengan penolakan 4 empat – empat NGO ini kerana dari duhulu lagi mereka ini bagaikan KETAM INDIA. Biar penulis uraikan keempat – empat NGO ini terlebih dahulu.

DAP

DAP merupakan 100% parti dominasi kaum cina yang juga serpihan dari parti PAP singapore. Pemimpin india dalam parti ini tidak kurang seperti boneka mainan pemimpin mereka. Kalau ada pun pemimpin india, mereka akan cuba makan sesama india. contohnya YB Siva “mengorbankan” YB Kulasegaran demi kepentingan politik NGa dan Ngeh. Di Pulau Pinang pula, YB Ramasamy adalah boneka mainan Lim Guan Eng, Nama sahaja Timbalan Ketua Menteri 2 tapi kuasanya tiada langsung. Ramasamy pula bermusuhan dengan YB Rayer dalam isu Godfather YB Karpal Singh. Sekali lagi India makan India.

PKR

Pemimpin india dalam parti ini tidak pernah diberi layanan yang sama. Contoh terbaik, tiada satu pemimpin india dalam PKR mendapat sokongan Ketua Umum, Dato Sri Anwar Ibrahim dalam pemilihan parti tersebut. Natijahnya, semua pemimpin india seperti YB Manikavasagam,Dr.Xavier dan yang lain bertanding gagal untuk memenangi SATU kerusi pun. Maka cebisan jawatan ditaburkan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim kepada ahli kesayangan iaitu N.Surendran. India makan India lagi. YB yang gagal memenangi kerusi disingkirkan muka dan ahli baru pula dilantik menjadi Naib Presiden parti.

Hindraf

NGO ini mampu menarik perhatian semua masyarakat india pada tahun 2007 dimana satu demo besar-besaran diadakan seminggu selepas demo Bersih. NGO ini mampu menarik sahaja tapi gagal mengurustadbir masyarakat india yang turun kejalanan bersama mereka. 5 pemimpin utama ditahan dibawah ISA. Dalam tahanan ISA kelima – lima pemimpin itu bergaduh sesama sendiri kepada dana yang didermakan oleh masyarakat india tidak digunakan untuk membantu keluarga seorang dua pemimpin hindraf dalam tahanan. Natijahnya isteri M.Manoharan dan Vasantha kumar terpaksa menanggung segala keperitan yang disebabkan oleh Hindraf Sendiri. Dana tersebut digunakan untuk mengeluarkan dan mengikat jamin peserta demo hindraf. Baki derma sebanyak 200 ribu disimpan dan statusnya tidak diketahui sampai kini.Sedikit daripada duit itu boleh digunakan untuk membiayai kebajikan keluarga 5 pemimpin yang ditahan namun mereka gagal tetapi Waythamoorthy boleh tinggal dilondon untuk jangka waktu yang lama dengan sumber kewangan yang tidak dikenalpasti. Boleh pula dia balik selepas ISA dimansuhkan. Tidak balik awal kerana takut ditahan ISA. Berjuang untuk komuniti india? Apa jadi dengan semua urusan dia di London? Persoalan sekarang adakah kelima – lima pemimpin tersebut masih boleh duduk semeja dan berbicara seperti lama? Kini kumpulan ini telah berpecah kepada beberapa serpihan. Adakah mereka masih berkawan? Kes India Makan India juga.

NIAT

NIAT sememangnya mempunyai niat yang tersendiri.Bermula dengan National Interlok Action Team diakhiri pula dengan National Indian Rights Action Team. Niat mereka menjadi platform alternatif HINDRAF dan mendukung sokongan komuniti india untuk terus menjadi suara muktamad masyarakat india. Pengerusinya Dato Tasleem yang selalu mengkritik dan mengutuk MIC merupakan salah seorang yang mendapat kontrak perundingan sewaktu pembinaan Universiti AIMST. MIC bagi Makan kepada beliau sekarang mengigit MIC pula. NIAT Dato Tasleem juga pernah menjadi buah mulut orang dimana beliau meminta kerusi untuk bertanding di Piliharaya Umum yang akan datang namun disebabkan beliau tidak mempunyai satu platform yang kuat menjadikan NIAT kuda tunggang politik beliau. Bukan penulis cakap tapi cakap orang khususnya dari kalangan Hindraf. Kini dengan kepulangan HINDRAF, NIAT mepunyai masalah kerana kedua – dua kumpulan ini mempunyai pelan tindakan komuniti masing – masing. Percanggahan timbul. India Makan India.

Dalam keempat – empat NGO india ini mempunyai masalah dalaman yang serius nak apa dibincangkan mengenai perpaduan masyarakat india? Jika MIC tiada pun, keempat – empat NGO dan parti ini tidak akan duduk semeja untuk membincangkan komuniti india. Sebaliknya bertengkaran siapa yang lebih layak memimpin komuniti india sebab masingĀ  masing mempunyai agenda politik mereka yang tersendiri. Kalau anda pernah dengar cerita ketam, haaa itulah yang akan berlaku nanti.

Psssttttt : Ayat yang sama dari kesemua NGO ini : “Kaum india disisihkan, mereka tidak mendapat perhatian kerajaan dan diperalatkan oleh Kerajaan Barisan Nasional” yang berkata ini adalah pengguna Kereta BMW 7 Series

Print Friendly

This entry was posted in DAP, Kaum India, Kebajikan, MIC, News, NGO, PRU13, Rakyat, Selangor. Bookmark the permalink.