Dato @SkDevamany wajib diberi Senatorship & Jawatan dalam Kabinet

Sepertimana yang kita semua tahu, Dato Sk Devamany iaitu Naib Presiden MIC bertanding di Kerusi Sungai Siput tewas selepas memberi laluan kepada Presiden MIC Dato G.Palanivel untuk bertanding di kawasannya iaitu Cameron Highlands.

Bagi saya, beliau telah menunjukkan sikap setia, taat kepada parti dan juga kepada pemimpin tertinggi parti sehingga sanggup melepaskan kawasan “seliaannya” selama 2 penggal kepada Presiden parti MIC. Saya pasti Dato Devamany telah memberi perkhidmatan yang terbaik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sehingga diberi amanat oleh Perdana Menteri Malaysia untuk mewakili beliau dan menjawab soalan bagi pihak Perdana Menteri.

Bukan itu sahaja, Usaha gigihnya dapat diketahui dengan senang malahan bertanyakan nama dengan sesiapa sahaja mereka pasti akan kenal bekas guru ini yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri. Tsunami politik hanya mampu mengubah bilangan undi , bukannya taat dan setia seseorang. Saya pasti sememangnya Dato SK Devamany memang patut dberi pengiktirafkan. Ramai rakyat suka akan sifat kepemimpinannya , cara memberi ucapan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Saya rasa ini adalah waktu terbaik bagi Presiden Parti MIC menghargai pengorbanan Dato Sk Devamany dengan membawa nama Dato SK Devamany kepada Perdana Menteri untuk diberi Senatorship dan mengembalikan Jawatan Timbalan Menterinya. Pemimpin seperti beliau wajib disokong oleh semua.

Pssttt: Pilihanraya sudah tamat, banyak keluhan dan pendapat terpendam dalam hati penulis mengenai Parti MIC.Saya akan kongsikan dalam masa terdekat. Transformasi amat perlu supaya MIC menjadi sebuah Parti yang lebih vokal dan Relevan.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, PRU13, PRU13 - MIC, PRU13 - Terkini. Bookmark the permalink.