Datuk Seri @GPalanivel harus menjelaskan isu AGM Putera & Puteri MIC

Artikel ini berpaksikan kepada Kenyataan Akhbar pada 16 November 2013blogPada 16 November 2013 yang lalu Datuk Seri G.Palanivel berkata bahawa Putera and Puteri MIC mempunyai ahli yang kurang daripada 300 orang menyebabkan pemilihan tidak dapat diadakan. Persoalan saya kepada Datuk Seri G.Palanivel, Apakah 300 orang ini adalah jumlah keseluruhan semua ahli Puteri atau Putera MIC atau hanya 300 orang yang berdaftar dengan MIC? Dari mana Datuk Seri mendapat angka tersebut? Maaf Datuk Seri G. Palanivel, YOU SALAH!

Tahukah bahawa Puteri MIC mempunyai seramai 1600 orang ahli berdaftar dengan MIC dan telah menjalankan pemilihannya 3 tahun lepas dimana YB Usha Nanthini dan Barisan Kepimpinannya dipilihan oleh perwakilan Puteri MIC. Malah, perwakilan Puteri MIC juga mengundi dalam pemilihan parti 2009. Puteri MIC juga telah diberi pengiktirafan dimana Ketua Puteri MIC telah diberi jawatan “Senator” supaya suara puteri dapat disampaikan diperingkat Dewan Negara. Apakah Datuk Seri G.Palanivel tidak tahu?

Putera MIC telah mengadakan Perhimpunan Agung Putera MIC selama 5 tahun. Putera MIC mempunyai seramai 1500 orang ahli dari seluruh negara. Belum dicampur kira dengan entiti – entiti Putera MIC yang ditubuhkan di luar negara. Sewaktu Dato Sri Samy Vellu, Beliau akan hadir merasmikan mesyuarat agung Putera MIC. Bukan itu sahaja, Putera MIC telah diberi pengiktirafan dimana Koordinator Putera MIC, YB. P.Kamanalanathan dipilih sebagai Calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor pada tahun 2010 dan pada PRU 13, YB Raven, Putera MIC Johor diberi mandat untuk bertanding sebagai Calon Barisan Nasional dan menang kawasan Tenggaroh.

Pencapaian Puteri dan Putera MIC dapat dibuktikan dengan “track record” masing – masing. Kedua – dua sayap ini adalah terpenting dan teraktif dalam MIC dan ia tidak dapat dinaifkan oleh mana – mana pihak. Sepatutnya MIC kebangsaan harus menyuruh kedua – dua sayap ini untuk mengadakan AGM masing – masing sepertimana ia dijalankan pada tahun – tahun lepas.

Samaada Datuk Seri G.Palanivel tidak tahu akan pencapaian Putera dan Puteri MIC atau beliau telah dinasihati oleh beberapa “individu” yang tidak tahu “track record” kedua – dua sayap ini. Apa yang pasti, Semua ahli Puteri dan Putera MIC tersinggung dengan keputusan MIC Kebangsaan.

Print Friendly

This entry was posted in MIC. Bookmark the permalink.