Dendam, Punca Datuk Saravanan disingkir!

KL05_010913___c818237_1391_868Datuk Saravanan telah ‘disingkir’ dari jawatan Ketua MIC Negeri Wilayah Persekutuan dan digantikan dengan Datuk Rajoo Vyraperumal oleh Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel petang tadi. Dalam kenyataan akhbar, Datuk Seri Palanivel mengatakan bahawa perubahan itu adalah sebahagian daripada usaha beliau untuk memperkasakan MIC tetapi ada sumber dalaman mengatakan bahawa penyingkirkan Datuk Saravanan adalah disebabkan ketegasan beliau dalam meminta Datuk Seri G. Palanivel untuk patuh kepada arahan ROS dan mahukan pemilihan parti semua. Bukan itu sahaja, juga terdapat dalang dari wilayah persekutuan yang menasihati Datuk Seri G. Palanivel untuk menyingkir Datuk Saravanan.

Bukan Datuk Saravanan seorang sahaja yang “digugurkan’, terdapat dua negeri lain iaitu  Negeri Sembilan dan Perak. Yang anehnya, Datuk Seri G. Palanivel melantik Tan Sri Ramasamy sebagai Ketua MIC Negeri Perak dimana pada surat ROS 6 Disember 2013, telah menyatakan bahawa Tan Sri Ramasamy hilang kelayakan untuk menjadi Ketua Bahagian MIC Tanjong Malim yang juga ketua Cawangan Kampung Bidor Stesen kerana gagal menghadiri mesyuarat bahagian Tanjung Malim SELAMA 3 TAHUN! Jadi keputusan yang diambil oleh Datuk Seri G.Palanivel tidak masuk akal sama sekali!

Screenshot_2015-01-27-22-53-16

(Keratan Surat ROS yang mengatakan Tan Sri Ramasamy Hilang Kelayakan)

Pada pendapat saya, Datuk Seri G. Palanivel membuat keputusan yang kurang bijak disaat MIC menghadapi krisis kepimpinan dan kestabilan. Di masa – masa ini-lah Datuk Seri G. Palanivel harus membuat keputusan untuk menangani isu yang dihadapi oleh MIC dengan pihak ROS. Bukannya bermain catur politik dengan mengubah posisi pemimpin negeri kerana kelekaan Palanivel akan menyebabkan MIC dibatalkan pendaftarannya. Datuk Saravanan bukan jenis mendiamkan diri dan akur dengan apa jua keputusan tidak masuk akal yang diambil oleh Datuk Seri G.Palanivel, saya percaya beliau berjuang untuk perkara yang benar dan adil. kadang – Kadang keadilan itu tidak datang dengan mudah dan memperlukan perjuangan. Maka berjuang -lah Ahli MIC! Demi Kebenaran, kestabilan dan legasi MIC.

Print Friendly

This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.