DS Najib sepatutnya hadir ke #Nothing2Hide

Terlebih dahulu saya tegaskan bahawa saya adalah penyokong Dato Seri Najib Razak dan artikel ini tidak mengambarkan saya “jump ship” ke team Tun M. Artikel ini adalah pandangan peribadi saya sendiri. Harap maklum – Cikgu Shashi

f7f2

Forum #Nothing2Hide adalah satu acara yang sememangnya ditunggu – tunggu bukan sahaja oleh NGO tetapi semua lapisan masyarakat yang mempunyai kemusykilan mengenai 1MDB. Saya sudah lama menerima penerangan mengenai 1MDB dan ditambah pula dengan fakta berangka yang dikeluarkan oleh Ketua Esekutif 1MDB Arul Kanda namun tidak ramai seperti saya tahu penuh akan isu ini maka Platform Nothing2Hide adalah penting bagi Dato Seri Najib untuk menangkis segala yang dikatakan sebagai tohmahan untuk diperbetulkan kepada orang ramai mahupun Tun Mahathir sendiri.

Bagi saya, perkara yang berlaku hari ini adalah amat memalukan dan saya rasa biarlah saya meminta maaf terlebih dahulu untuk segala perkara berlaku hari ini. Kehadiran Tun Mahathir walaupun sedikit sebanyak menambah tekanan kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak namun perlu diingat Tun Mahathir juga seorang insan biasa seperti kita dan kehadiranya ke forum tersebut tidak harus dipersoalkan langsung.DOT. Biarlah Tun Mahathir bertanya 10 soalan, Dato Seri Najib seharusnya sudah boleh menjawap kerana saya pasti Dato Seri najib sudah menyiapkan “kerja rumahnya” yang membabitkan isu 1MDB.

Tambahan, kenyataan Tweet daripada Ketua Polis Negara , Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengatakan beliau menasihat PM untuk tidak hadir ke Forum tersebut adalah atas sebab ketenteraman dan keharmonian rakyat Malaysia. Maaf saya tidak dapat menghadam alasan yang diberikan oleh KPN kerana saya rasa alasan yang diberikan agak “fake”. Dengan kemahiran taktikal dan ketangkasan yang dimiliki oleh skuad Unit Tindak Khas mahupun polis biasa, Saya percaya mereka dapat mengawal ketenteraman sebarang jenis majlis apatah pula forum ini yang diadakan dalam kubu kuat Barisan Nasional iaitu di PWTC. Saya juga tidak melihat dari segi apa akan timbulnya ke tidak tenteraman dan ke-tidak harmonian dalam penganjuran forum ini. Saya juga kecewa kerana KPN terpaksa dilibatkan dalam isu forum Nothing2Hide. Sebagai Individu utama dalam forum #Nothing2Hide, Dato Seri Najib Razak sepatutnya hadir walaupun dihalang oleh Pihak Polis. Biarlah tidak berucap, tidak dapat berbiacara mengenai 1MDB, tidak apa, asalkan tubuh badan Dato Seri Najib secara fizikal hadir untuk tempat berlangsungnya forum tersebut. Saya pasti Dato Seri Najib sedar bahawa beliau akan “diserang” jika tidak hadir pada minit-minit terakhir dan memang sebolehnya beliau mahu hadir tetapi saya rasa ada elemen campur tangan oleh beberapa “penasihat” PM yang mungkin menasihat sekeras – kerasnya untuk tidak hadir ke forum tersebut. PM Najib sudah mempunyai “peluru” untuk mencantas segala – gala isu mengenai 1MDB maka insiden hari ini bagaikan kita tertembak peluru sendiri “friendly-fire”.

Cadangan saya kepada Penasihat – Penasihat Dato Seri Najib atau sesiapa sahaja yang boleh menyampaikan maklumat kepada Dato Najib. Ini bukan waktu kita bermain sorok- menyorok, kalau ingin melihat keadaan ini pulih saya cadangkan agar penganjur forum #Nothing2Hide ini untuk mendapatkan tarikh baru yang bukan lama jangan sampai berbulan – bulan untuk menganjurkan kembali forum ini. Kali ini jemputlah Tun Mahathir biarkan beliau datang menyertai forum ini. Takut Tun Mahathir atau hadiran lain bertanya sesuatu soalan yang bukan berkaitan atau soalan yang mengelirukan, minta semua penyerta menyerahkan soalan bertulis seminggu sebelum forum untuk memboleh “homework” boleh dibuat sebelum menjawap isu 1MDB. Sampaikan konten dalam bahasa yang mudah difahami dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. PALING PENTING, JAWAB SEMUA DAN TERANGKAN DARI A-Z.

Ini sedikit sebanyak bantuan boleh menyelamatkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang ke 14 nanti. Tempiasnya akan ada tetapi masih boleh kawal peratusan “damage”. Maka saya harap, biarlah berani, kalau salah tiadak apa, asalkan berani menjawab, selesai isu.

Perjuangan Barisan Nasional masih jauh destinasinya.

Sekian.

Print Friendly

This entry was posted in Mobile and tagged , , . Bookmark the permalink.