DS @NajibRazak akan tweet dari Ibu pejabat Twitter hari ini

najib-twitter

Lebih 1.7 juta pengikut Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak @NajibRazak akan merasai pengalaman membaca tweet beliau yang dihantar sendiri dari Ibu pejabat Twitter di San Francisco, California, pada Isnin.

Sebagai seorang yang gemar menghantar tweet dengan 4,999 tweet and 1,745,037 pengikut setakat ini, menurut perangkaan Twitter.Com, Najib dikenali dalam kalangan pemimpin dunia antara yang paling aktif menghantar tweet.

“CEO asing kagum dengan pengetahuannya mengenai IT beliau malah lebih tahu banyak perkara mengenai aspek teknikal berbanding sesetengah daripada kami. Beliau menarik perhatian CEO dan tokoh usahawan dengan pengetahuannya dalam cara yang mengkagumkan,” kata seorang pegawai Malaysia mengulas lawatan kerja perdana menteri ke San Francisco dan New York dari 22 September hingga 29 September.

Beliau berkata Najib akan mengadakan pertemuan dengan usahawan data besar, seperti Twitter dan Google, dan mengadakan perbincangan dengan mereka mengenai data besar dan trend masa depan, yang penting untuk gerakan agenda Digital Malaysia yang digalakkan kerajaan.

“Ia sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) kerana ia akan membawa kepada perubahan pada masa depan, seperti dalam bidang pendidikan, apabila bahan mengajar boleh disediakan secara dalam talian untuk pelajar dari tahap prasekolah lagi hingga ke peringkat tertinggi secara percuma.

– Kupasan dari Bernama-

Print Friendly

This entry was posted in News and tagged . Bookmark the permalink.