EGM MCA lulus resolusi terima jawatan kerajaan

mca flagKUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA meluluskan resolusi untuk menerima jawatan kerajaan di semua peringkat, sebentar tadi.Daripada 1,982 perwakilan MCA, seramai 1,973 mengundi bersetuju menerima resolusi berkenaan, manakala lima perwakilan lagi tidak bersetuju dan empat undi berkecuali.

MCA sebelum ini memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan, jika mengalami prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 2011 dan 2012.

Perwakilan MCA juga menolak resolusi kedua dalam EGM pada Oktober lalu untuk membatalkan resolusi parti yang diluluskan ketika AGM pada 2011 dan 2012 bagi membolehkan ahli MCA menerima jawatan Menteri, Timbalan Menteri atau sebarang jawatan Kabinet lain.

Bagaimanapun, mereka menyokong resolusi ketiga supaya ahli menerima pelantikan Senator atau mana-mana jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan.Selain itu, perwakilan MCA menyokong resolusi terakhir, menerima pelantikan pada peringkat negeri atau jawatan kerajaan negeri lain yang dianggap penting oleh parti.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional. Bookmark the permalink.