Forum @YuktesVijay yang akan LUCUT Anwar Ibrahim & Bersih

Tajuk Forum : Cleaning bersih : An Analysis of Bersih’s People’s Tribunal
Tarikh: 11 oct 2013
Tepat: Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya

re_08.1Yuktes Vijay bersama dengan beberapa rakannya menganjurkan forum ini agar tipu helah  pembangkang melalui proxy mereka BERSIH tidak akan memperdayakan rakyat lagi. Tujuan Bersih ditubuhkan adalah untuk memperbaikkan sistem pilihanraya namun campur tangan Dato Sri Anwar dan rakan – rakannya dari kalangan pembangkang telah mengubah haluan bersih dari tujuan dan niat yang asal kepada lebih berpaksikan kepentingan Politik.

Bersih anjurkan tribunal rakyat tetapi hakikatnya tribunal itu ibarat sebuah drama dan penerokaan alasan untuk menganjurkan Himpunan Bersih 4. Mengapa saksi, akuan bersumpah , serta laporan polis yang dikatakan berlakunya penyelewengan dalam PRU 13 tidak disertakan dalam petisyen? Hampir kesemua saksi- saksi yang memberi keterangan adalah terdiri daripada semuanya ahli pembangkang seperti YB Charles Santiego dan YB Tian Chua  memberi keterangan yang pelik dan lebih berunsur fantasi. Anehnya mereka menang dengan majoriti yang lebih besar di kawasan masing – masing.

Kegagalan Ahli Panel , saksi dan peserta bersih membuktikan bahawa “mata – mata gelap Pakatan Rakyat” dapat menahan warganegara asing daripada mengundi tidak diceritakan langsung dalam tribunal tersebut. Juga isu lawan 3 penjuru antara calon Pakatan Rakyat juga diabaikan dalam forum ini.

Forum ini merangkumi 4 panelis termasuk Yuktes Vijay. Kesemua panelis bukan terdiri daripada nama – nama besar tapi kawan – kawasan seperjuangan dengan Yuktes . Semua Panelis yang dijemput ialah terdiri daripada peguam yang akan memberi pandangan dan dapatan kajian mereka .IGP dan Saudara David Dass (ahli DAP)  telah dijemput secara rasmi.

Istimewanya tetamu khas ke 4 ini akan  dipilih secara rawak dari kawasan persekitaran hotel pada hari itu,dia mungkin pemandu teksi atau penjual kacang pituh , yang pasti dia akan dipilih secara rawak. Tujuan Yuktes berbuat demikian adalah untuk orang biasa seperti saya dan anda mengetahui semua kebenaran yang benar – benar memperjuangan demi rakyat.

Yuktes Vijay juga turut menjemput beberapa wakil kedutaan seperti dari kedutaan Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan Bangladesh sebagai pemerhati  untuk forum tersebut.

Terlalu banyak kebenaran yang telah diselindungkan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu – kuncu dibawah nama “Bersih” Saya harap Forum yang dianjurkan oleh Yuktes Vijay dan rakan – rakanya dapat membuka mata kebenaran rakyat malaysia yang masih mempercaya tipu helah Anwar Ibrahim.

Owh ya, Jemput Hadir Semua

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Bersih 2.0, Bersih3.0, DAP, GE13, Lain - lain, News, NGO, Pakatan Rakyat. Bookmark the permalink.