[FOTO] Projek Peluang CBF disampaikan oleh MIC cc: @GPalanivel @OnlineMIC #janjiditepati

Lebih 1,000 Kanak-kanak Miskin Kaum India Dapat Manfaat Projek Peluang CBF – Palanivel

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Lebih 1,000 kanak-kanak dari keluarga miskin kaum India mendapat pendidikan prasekolah melalui ‘Projek Peluang’ Yayasan Pembina Masyarakat (CBF) yang diperkenalkan Oktober tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel, yang merupakan pengasas dan pengerusi badan bukan kerajaan itu, berkata sumbangan hampir RM700,000 yang diterima dibelanjakan bagi menempatkan kanak-kanak itu di tadika seluruh negara.

“Di bawah Projek Peluang ini, kita membayar RM100 kepada pengusaha tadika untuk mendidik seorang kanak-kanak miskin di bawah umur lima tahun yang diterima masuk ke tadika mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan “Projek Peluang” 2012 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Palanivel, yang juga Presiden MIC menyampaikan bantuan itu kepada 150 tadika dari seluruh negara bagi menempatkan kanak-kanak miskin yang dikenal pasti.

Foto Majlis penyampaian Cek kepada mereka yang layak

klik untuk besarkan resolusi

pssttt: SYABAS MIC, Ini yang rakyat perlukan!

Print Friendly

This entry was posted in Bantuan, Barisan Nasional, MIC, Pakatan Rakyat, Selangor. Bookmark the permalink.