Halatuju MIC selepas PRU 13?

MIC-Logo

 

Apakah Halatuju MIC selepas PRU 13? Apakah MIC harus lakukan selepas ini ? Apakah mereka harus terus menerima cemuhan dan kutukan lain? Satu persoalan yang patut ditanya setiap anggota dan pemimpin MIC selepas tamatnya Pilihan Raya Umum yang ke 13. Sebagai seorang ahli muda dan penyokong tegar MIC, saya rasa sudah tiba masa untuk MIC untuk bertindak dengan lebih agresif dan berwawasan dengan memacu kearahan menjaga kepentingan masyarakat india .Ini adalah penting kerana MIC adalah parti komponen bangsa india yang ketiga terbesar dalam ikatan Barisan Nasional.

Tetapi kemanakah parti ini sedang menuju? berlandaskan? Target poin MIC? Saya bukan untuk mengutuk mahupun membawa musibah kepada Parti yang saya cintai dan segani selama 7 tahun. Saya hanya mahu melihat satu perubahan yang akan memantapkan lagi prestasi MIC untuk menjadi satu ikon yang melambangkan komuniti india. Maka untuk mencapai tahap Ikon tampok pentadbiran dan kepemimpinan atasan perlulah lebih vokal menyuarakan pandangan masyarakat india. Bukan itu sahaja, MIC boleh atau harus menjadi satu parti yang “Demanding Party” yang bertegas, bersatu dan kuat apabila meminta sesuatu daripada kerajaan.

Apakah yang rakyat khususnya komuniti india minta? Rata – rata mereka mahukan satu parti yang boleh bersuara kuat lebih kuat dan mampu “melawan” kata – kata parti dari dalam komponen Barisan Nasional atau pihak berlainan. Bukannya yang mengangguk dan menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka tetapi memekakkan telinga. Itu yang harus diabaikan oleh MIC. Rakyat kini sudah pandai menilai segala baik buruk sebelum membuat keputusan.

Saya bukan maksudkan semua pemimpin MIC tetapi hanya segelintir sahaja yang masih berdegil untuk menggunakan formula lama untuk “memancing” undi masyarakat india. Mereka belum sedar agaknya daripada tempias politik 2008 dan yang terbaru PRU 13. MEREKA- MEREKA ¬†yang degil ini harus “dikorbankan” dari MIC kerana mereka hanya labiliti . Perjuangan MIC bukan untuk mendampingi kepentingan individu tetapi membawa satu perubahan besar dalam hidup masyarakat india yang sebahagian besar. Ramai pemimpin MIC telah berjasa kepada negara dan masyarakat dan sebilangan besar masyarakat india yang telah mendapat bantuan MIC masih menunjukan sokong mereka kepada MIC. Apakah MIC perlu buat untuk membalas jasa,budi dan sokongan mereka semua kalau bukan membina peluang sosio ekonomi kukuh kepada mereka.

Masih belum terlambat, banyak pemimpin muda memerlukan satu platform untuk membantu masyarakat india, suara – suara mereka selama ini tidak diendahkan kerana para pemuda dituduh sebagai “bayi” dalam politik dan tidak mempunyai pengalaman. Percayalah Pemuda pemudi sekarang sudah lebih pandai dan sudah jinak dengan politk.

Hanya 5 tahun lagi untuk PRU 14, pembaharuan ini adalah penting bagi memastikan kerelevanan MIC dalam arena politik. Banyak NGO dan parti politik bersaiz cendawan dan nyamuk mahu melihat kejatuhan MIC. Malah ada diantara mereka mahu “megambil alih” peranan MIC dalam Barisan Nasional dan masyarakat india. Bertindak sekarang, demi MIC yang lebih VOKAL dan MENUNTUT hak dengan lebih TEGAS.

Sekian.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, MIC, PRU13, PRU13 - MIC, PRU13 - Terkini. Bookmark the permalink.