@HariBelia2012 | KEJOHANAN KBS DRIFT CHALLENGE (ROUND 3) PUTRAJAYA 2012

Kejohanan KBS Drift Challenge Putrajaya 2012 adalah merupakan acara sukan permotoran Peringkat Kebangsaan yang pertama kali dan terbesar diadakan di Putrajaya menerusi 4 pusingan perlumbaan dengan melibatkan kehadiran dan penyertaan dari pelbagai pasukan belia permotoran kereta bukan sahaja yang terdiri dari pasukan profesional malah juga sehingga ke peringkat akar umbi. Kejohanan ini merupakan satu flatform strategik kepada penyatuan peminat-peminat sukan bermotor khususnya acara Drift tanpa mengira kaum,bangsa agama,profesion mahupun taraf ekonomi demi membudayakan gaya hidup yang sihat, aktif dan cergas serta memartabatkan sukan bermotor tanah air. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada peserta dan kepada ribuan pengunjung khususnya golongan belia pemotoran hingga ke peringkat akar umbi. Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Drift) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan drift di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja. Kejohanan ini terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu Novice dan Expert yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 10,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan. Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur. Pasukan dari Negara Jepun, Singapura, Indonesia dan Iran telah mengesahkan penyertaan mereka untuk kejohanan kali ini.

Pertanyaan lanjut sila hubungi PENYELARAS PROJEK : HAZRI NIZAM BIN ZAKARIA , 03-8871 3415/017 322 3334

Print Friendly

This entry was posted in Hari Belia 2012. Bookmark the permalink.