Hindraf masih relevan?

Pada tahun 2007 waktu Hindraf menanjurkan demo besar – besaran untuk mengatakan rasa tidak puas hati akan layanan yang diberi kepada masyarakat india khususnya dibawah pimpinan Tun Abdullah yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia yang ke 5. Hindraf memanggil mereka sebagai wakil masyarakat india. Yelah mana tidak jika 50,000 hingga 70,000 orang masyarakat india dari setiap pelusuk negera dikerah ke kuala lumpur untuk menyampaikan memorandum kepada pesuruhjaya british mestilah mereka akan mengisytiharkan Pertubuhan tidak berdaftar itu mewakili suara majority India.

Tetapi selepas 5 tahun apakah Hindraf masih relevan kepada masyarakat india? Dengan ahli hindraf yang telah berpecah kepada beberapa kelompok berasingan, apakah mereka ini masih mewakili suara majoriti india? Persoalan saya,  berapa banyakkah daripada 70, ooo orang masyarakat india itu yang masih bersama Hindraf?

Sokongan masyarakat india sudah pudar terhadap perjuangan Hindraf. Ramai yang sedar bahawa mereka telah dipergunakan untuk kepentingan politik masing – masing. Ini benar, kerana pemimpin – pemimpin hindraf yang ditahan dibawah ISA kini tidak bersemuka dan masing-masing berbalah antara satu sama lain. Sampai hari ini 5 lima – lima pemimpin Hindraf tidak pernah jumpa sesama sendiri atau menyatakan sokongan mereka kepada P.Uthayakumar dan Waythamoorthy.

Bukan setakat itu sahaja, pada PRU 2008, Hindraf telah menyeru semua masyarakat india untuk menyokong Pakatan Rakyat dan ketika itu kita semua terbeli cerita mereka dah telah pun mengundi Pakatan  Rakyat pada 2008 sehingga menyebabkan Tsunami dalam arena politk Malaysia. Tetapi apa gunanya? Kebajikan Masyarakat india di Negeri РNegeri Pakatan Rakyat tidak dijaga langsung malah hindraf sendiri telah hilang suara dibawah Pakatan Rakyat.

Bukan itu sahaja, masyarakat india juga telah menghantar seorang pemimpin Hindraf ke DUN Selangor pada 2008. Apakah sumbangan beliau kepada masyarakat india khususnya di Selangor?

 manoharan

Apa sumbangan YB Manoharan kepada Masyarakat india Selangor? Apakah beliau masih menyokong hindraf? Apakah beliau masih mengelarkan dirinya sebagai Pemimpin Hindraf? Jawanpanya tidak! Beliau mengelarkan dirinya sebagai tahanan ISA.

Bukan itu sahaja, Kita juga menghantar seorang Wakil rakyat daripada kelompok hindraf ke Parlimen iaitu YB Manikavasagam.

mike polis report

YB Manikavasagam telah mendapat sokongan daripada masyarakat india di Kapar dengan menggunakan nama hindraf. Apa pembaharuan atau kebaikan yang telah dibawa oleh Wakil Rakyat parlimen ini kepada masyarakat india? Tiada!

Tidak cukup dengan itu, kini pemimpin utama Hindraf Uthayakumar pula ingin bertanding dengan slogan mereka iaitu ” hantar seorang wakil 100% mangsa sokongan perkauman”. Mangsa Perkauman? Hindraf main “Racial Card” untuk mendapatkan undi?

559952_10151167601833078_1072945768_n

Dengan berbekalkan saki baki sokongan yang ada daripada masyarakat india , Uthayakumar dibawah parti HRP akan bertanding untuk Kerusi Parlimen Kota Raja. Nampak gayanya Pemimpin – Pemimpin Hindraf tidak akan berdiri dengan prinsip mereka sama sekali. Pemimpin Hindraf ini pernah berkata bahawa Hindraf tidak akan bertanding mana – mana kerusi dan akan hanya bertindak sebagai NGO. Tetapi sekarang, masing – masing ingin mengejar kepentingan sendiri.

2008 Hindraf menyuruh masyarakat india untuk undi Pakatan Rakyat, Masyarakat india telah pun mengundi Pakatan Rakyat, Hindraf menyuruh Masyarakat india untuk menghantar satu wakil ke DUN Selangor dan Parlimen, masyarakat india telah pun mengundi satu wakil ke DUN Selangor dan Parlimen. Apa yang telah masyarakat india telah dapat dengan menghantar kedua – dua wakil ini ke Dewan Negeri dan Rakyat?

Sekarang Hindraf kata jangan percaya Pakatan Rakyat dan meminta masyarakat india untuk mengundi Uthayakumar ke Parlimen.

Apakah masyarakat india harus percaya kepada mereka? Cukuplah bukan sekali dua masyarakat india mendengar kata – kata mereka, tetapi hanya HAMPA yang masyarakat india dapat. Dalam bab lain, abang kepada Uthayakumar iaitu Waythamoorthy pula mengadakan mogok lapar supaya Pelan Biru untuk Masyarakat india supaya diterima mana – mana parti politik.

waythamoorthy-hunger-strike-day-10-300x198

Penulis kesal dengan mereka ,bagaikan mereka mempergunakan masyarakat india untuk kepentingan masing – masing. Persoalanya kenapa baru sekarang mahu mengadakan mogok lapar? (Hindraf pernah membuat mogok lapar sebelum ini tetapi mogok lapar itu mempunyai expire date beberapa jam/Hari –LINK-) kenapa sekarang mahu mengumumkan untuk bertanding? Apakah prinsip boleh berubah mengikut masa? Lalang namanya.

Akan bersambung……….

Print Friendly

This entry was posted in Kaum India, Kebajikan, MIC, PRU13 - MIC, PRU13 - Terkini. Bookmark the permalink.