Ini pun salah MIC!

Pembangkang terutamanya pemimpin india dari Pakatan Rakyat hanya akan menuduh MIC untuk segala isu komuniti yang berlaku walaupun kesalahannya bukan terletak di pihak MIC. Rata – rata kaum india mahukan bantuan disuap kepada mereka tetapi ada juga segolongan banyak yang akan mencari jalan yang tepat untuk mendapat bantuan yang mereka mahu.

Terbaru kepala seorang lelaki india dipenggal dan diletakkan dikuil yang saya percaya bertujuan pemujaan nombor ekor.

penggal-kepala-lelaki-di-kluang-2

kepala dipenggal di kluang

Siapakah yang anda akan salahkan kali ini? Yang pasti dipenggal oleh orang india kerana ia diletakan di Kuil india. Apakah ini pun salah MIC? Sebab sudah mula orang berkata bahawa MIC gagal mendidik kaum india, bla bla bla.

Ingin saya tanyakan kepada semua yang menyalahkan MIC dalam semua isu. Dimanakah anda sewaktu seorang kanak – kanak membesar? Sejauhmanakah tanggungjawab anda terlaksana dalam memelihara anak – anak anda supaya tidak terpesong kearah yang salah? Apabila ibubapa dan komuniti gagal memastikan keakidahan seseorang anak terjamin, anda akan terus salahkan orang lain? Ingat menolak bola pada orang lain tidak membuktikan anda tidak bersalah!

Berhenti menuduh MIC dan tanya diri sendiri sejauhmanakah pengelibatan anda dalam membantu komuniti kita? jangan hanya bersuara tapi tiada tindakan!

Print Friendly

This entry was posted in Kaum India, Kebajikan, MIC. Bookmark the permalink.