K.Rajagopal dimaki tapi “dijilat” apabila menang. Inikah semangat kesukanan Malaysia?

Sememangnya tidak dinafikan kelemahan skuad Harimau Malaya tewas kepada Singapura dalam perlawanan bola sepak piala AFF Suzuki pada 25Hb lepas. Ya memang wujud beberapa kelemahan dalam skuad Harimau Malaya iaitu dari segi pertahanan, posisi bola, corak permainan dan pemilihan pemain yang sesuai.

Apa yang penulis kesal ialah sikap penyokong team malaysia yang memaki jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Dato . K. Rajagopal dengan perkataan yang tidak sepatutnya dalam laman facebook. Apabila Skuad Harimau Malaya menang para penyokong “menjilat” Dato K.Rajagopal dengan segala pujian dan kata – kata manis tapi apabila kita tewas, penyokong mengeluarkan perkataan rasis terhadap beliau. Apakah ini semangat kesukanan rakyat Malaysia?

 

Bukankah kita harus memberi sokongan moral, kata – kata semangat bagi membolehkan skuad Harimau Malaya memperbaiki corak permainan mereka dalam permainan yang akan datang. Jangan lupa juga skuad pemain singapura ramainya pemain import yang dibeli dengan kerakyatkan singapura, maka berbanggalah Kita telah kalah bermain dengan anak – anak tempatan!

Pssstttt : FAM BANGSAT KE ATAU PENYOKONG?

Print Friendly

This entry was posted in Lain - lain, News. Bookmark the permalink.