“Kabinet” DS @Najibrazak perlu meyakinkan pengundi

najib pru13

Pilihan Raya Umum yang ke 13 telah pun tamat, ramai yang menyangka termasuk Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak akan merampas balik 2/3 daripada kerusi Parlimen dan juga negeri Selangor. Tetapi keputusannya tidak seperti yang diharapkan, namun Barisan Nasional memenangi sebanyak 133 Kerusi Parlimen yang memberi majoriti mudah kepada Parti Barisan Nasional untuk terus memimpin Kerajaan Persekutuan. Perdana Menteri Najib berkata bahawa ” Tsunami kaum cina” yang menyumbang kepada kekalahan tersebut. Saya terima kenyataan Dato Sri Najib walaupun ada segelintir kaum cina yang mengundi Barisan Nasional. Mungkin Perdana Menteri berkata demikian akibat kekalahan bekas Menteri Besar Johor di Gelang Patah dan Bekas Ketua Menteri Melaka di Bukit Katil.Tidak apa, Keputusan Pilihan Raya Umum yang ke 13 kami terima dengan hari yang terbuka. Namun apa yang perlu dibuat oleh Dato Sri Najib Tun Abdul Razak bagi meyakinkan komuniti yang menolak BN pada PRU ini?

Kabinet yang bakal dipilih oleh Dato Sri Najib akan menjadi “Senjata Intelek” yang mampu memberi saingan dan kepercayaan kepada rakyat supaya mereka terus menyokong kepimpinan Dato Sri Najib dan juga terus memberi mandat kepada Barisan Nasional memimpin pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Menteri – Menteri Kabinet yang dipilih oleh Dato Sri Najib haruslah sedar akan risiko yang mereka ambil jika diberi peluang untuk mengalas jawatan menteri. Kesemua ahli Kabinet tersebut haruslah pro-aktif , berwawasan tinggi juga dapat memberi perkhimatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Menteri – Menteri Kabinet yang dipilih juga perlu arif akan Kementerian yang mereka pimpin dan tidak mengambil sebarang keputusan yang membuta tuli sehingga menyebabkan rakyat marah dan terus membenci Menteri dari Barisan Nasional. Menteri juga harus meletakkan diri mereka sebagai seorang rakyat terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang jenis keputusan. Rata – rata masyarakat marah kerana kadang kala keputusan yang diambil oleh Barisan Nasional mendatangkan masalah kepada mereka. Ini perlu diabaikan.

Dengan wujudnya satu Kabinet Menteri yang baru, kuat dan berkaliber, saya pasti rakyat Malaysia akan faham dan menyetujui halatuju negara kita. Rakyat kini pandai membezakan Profesionalan dan Politik. Maka saya rasa Dato Sri Najib perlu teliti dalam pemilihan Menteri supaya ini adalah satu – satunya cara terbaik dan terakhir bagi Barisan Nasional untuk membuktikan bahawa mereka mampu memimpin dan menunaikan janji mereka dengan adanya menteri yang pro-aktif dan profesional.

 

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, PRU13, PRU13 - MIC, PRU13 - Terkini. Bookmark the permalink.