Kavinraj MAUT minum racun. Salah siapa?

Screen Shot 2014-02-10 at 8.24.23 AMKUALA LUMPUR 8 Feb. – Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun maut selepas meminum sebotol racun serangga dipercayai akibat tertekan kerana sering dibuli di sekolahnya.Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam tadi, mangsa, T. Kavinraj mati ketika menerima rawatan di sebuah klinik selepas meminum racun yang disimpan di dalam tandas di rumahnya di Seksyen 6, Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini semalam.

Ibunya, B. Thanamalar, 43, berkata, anaknya merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah dan mendapat keputusan 4A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.Bagaimanapun dakwa wanita itu, anaknya sering mengadu dibuli oleh rakan-rakannya sejak mula mendaftar sebagai pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Bandar Rinching pada Januari lalu.

“Lewat petang semalam, anak saya masuk ke dalam tandas dan setelah keluar dia memberitahu telah meminum sebotol ‘ubat’ sebelum saya sedar muka anak saya berubah kebiru-biruan.”Saya kemudiannya membawa dia ke klinik berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” dakwanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Serdang, di sini hari ini.

Thanamalar mendakwa, kelmarin anak sulung daripada empat adik beradik itu telah meminta ibunya pergi ke sekolah dan menemui rakan-rakan yang didakwa sering membulinya.”Saya berjanji akan pergi ke sekolahnya pada Isnin ini dan tidak sangka perkara begini berlaku sebelum sempat saya menemui rakan-rakan yang dimaksudkan Kavinraj,” dakwanya lagi.

Menurut ibu malang itu, mayat anaknya akan dibawa ke kampung halamannya di Seremban untuk dibakar.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.”Pihak polis masih lagi menyiasat perkara itu tetapi buat masa ini kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya.

Pendapat saya:

Sebagai seorang guru, saya akan menyalahkan pihak sekolah khususnya Unit Disiplin kerana gagal memastikan persekitaran sekolah selamat dan budaya pelajar yang baik. Sepatutnya isu – isu sebegini harus dipantau oleh pihak sekolah kerana sememangnya budak – budak senior akan selalu cuba mempengaruhi atau membuli budak – budak yang baru berpindah ke sekolah mereka, yang masuk tingkatkan 1.

Ibu bapa pelajar tersebut juga harus peka. Mengikut laporan Utusan Malaysia Pelajar tersebut telah mengadu sejak Januari lalu. Sekolah bermula pada 2 Januari 2014 dan hari ini 10 Januari 2014. Dah cukup sebulan mulanya tempoh persekolahan baru isnin ini ibubapa tersebut nak pergi jumpa dengan pihak pengurusan tersebut? Maaf wahai ibu bapa, sudah terlambat. Bagi yang lain sila ambil iktibar daripada isu ini. Jika isu sebegini berlaku sila ke sekolah segera kerana banyak yang berlaku diluar pengetahuan guru. Laporan daripada ibu bapa boleh membantu guru Рguru mengambil tindakan.

Bagi pihak Kementerian Pendidikan, nampaknya kempen ANTI BULI tidak berjaya dan perlukan penambahbaikan daripada pihak Kementerian Pendidikan. Tindakan haruslah lebih tegas bagi pembuli. Tiba masa untuk mengkaji hukuman yang sedia ada.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Kaum India, News. Bookmark the permalink.