Kebenaran di sebalik tuduhan pelajar 10A ditindas MIC

4 hari lepas seorang individu memuat naik slip keputusan peperiksaan SPM 2012 milik seorang pelajar dan mengatakan bahawa bapa kepada pelajar tersebut telah berhubung dengan beberapa pemimpin MIC untuk mendapatkan nasihat tetapi beliau dikatakan tidak mendapat maklumbalas yang diingininya.

dd

(Klik untuk besarkan resolusi)

Beberapa blog memainkan isu ini malah ada yang menghentam MIC. Namun apa yang dituduh tidak benar sama sekali.

Tuduhan Pertama:

Mengikut kata Individu tersebut bapa pelajar tersebut telah meminta nasihat daripada Presiden 1MISM dan beliau telah meminta pelajar tersebut untuk membuat tingkatan 6.

FAKTA : Tetapi apa yang berlaku pada isnin lepas? Bapa pelajar tersebut hadir seorang diri tanpa anaknya ke pejabat MIC tingkat 7 dan tersebut bertutur secara kasar dengan timbalan presiden 1MISM sehingga kesnya dirujuk kepada Presiden 1MISM. Bapa tersebut meminta peruntukkan 1MDB untuk anaknya. Bukan itu sahaja Presiden 1MISM, Saudara Mahaganapathy juga telah bertanya kepada bapa pelajar tersebut pengajian apa yang anaknya minati? Bapanya menjawab Medicine. Apabila ditanya sudahkah anak dia memohon Matrikulasi terlebih dahulu. Tidak, jawabnya bapa. Salah siapa untuk tidak memohon Matrikulasi?. Oleh kerana tidak memohon Matrikulasi terlebih dahulu, Saudara Maha menerangkan antara opsyen yang boleh dipertimbangkang oleh pelajar terbabit iaitu:

1) Buat SPTM
2) Buat kursus asas di IPTA (UPM,UPNM)
3) Buat kursus di institusi pendidikan swasta

Kenapa semua ini tidak diberitahu oleh Individu yang muat naik berita tersebut?

Tuduhan kedua :

Bapa telah menelefon Dato Sri Samy Vellu dan Dato Sri Subramaniam untuk mendapatkan nasihat katanya,

FAKTA : Sumber penulis memberitahu bahawa Dato Sri Subramaniam tidak menerima sebarang jenis panggilan mahupun SMS berkaitan pelajar berkenaan.

Pertuduhan Ketiga :

DS Samy Vellu dan DS Subramaniam telah bertanya kepada bapa berkenaan sama ada dia itu Ahli Parti MIC atau tidak?.

FAKTA: Sendiri secara logik. Jika benar bapa pelajar menelefon kedua – dua Orang besar MIC, mestilah mereka pun terpinga – pinga siapa yang telefon, jadi tak salah untuk bertanya samaada ahli MIC atau tidak.

Fakta Mengenai Keputusan Pelajar tersebut:

logo.gif

Sekolah Pelajar tersebut : SMK Bandar Sri Damansara (2)
Angka Giliran pelajar Tersebut : BK073A0**

Keputusan SPM bukanlah 10A+ seperti yang digembar-gemburkan tetapi 9A :

3 A+ (Cemerlang tertinggi)
2 A (Cemerlang tinggi)
4 A- (Cemerlang)

602122_10151511160428960_846736606_n

Kesimpulannya keputusan pelajar ini CEMERLANG tetapi bukan CEMERLANG TERTINGGI. Seramai 15,793 pelajar mendapat A daripada 472,541 calon pada tahun 2012. Persaingannya amat tinggi. Sepatutnya pelajar ini memohon Matrikulasi terlebih dulu dan menimbang apa yang boleh dilakukan selepas ini. Bukan Menuduh sebarangan!

Psst : Penulis ada maklumat penuh pelajar ini, nasihat saya kepada bapa pelajar tersebut jangan salah MIC ataupun orang lain atas kesalahan diri sendiri.

Print Friendly

This entry was posted in Kaum India, MIC, Selangor. Bookmark the permalink.