Kedai Runcit jual ARAK dibawah “jagaan” Khalid Samad?

MP Shah Alam YB Khalid Samad atau lebih dikenali sebagai Khalid Carlsberg yang pernah berjanji untuk menutup kilang pengeluaran bir di Shah Alam sewaktu pilihanraya 2008. Ekoran kegagalannya untuk menutup syarikat tersebut maka cadangan untuk mengharamkan arak atau alkohol di Selangor khususnya kawasan majoriti kaum melayu diluluskan oleh kerajaan negeri selangor dimana kedai – kedai dilarang menjual arak. Antara kedai yang akur pada arahan kerajaan negeri adalah kedai serbeneka 7 Eleven yang khususnya dikawasan shah alam tidak lagi menjual arak.

Ini membuatkan YB Khalid megah dan dengan rasa bangganya mengumumkan bahawa tindakan sedang diambil untuk mengharamkan arak di Selangor dan PBT dikawasan parlimennya antara yang pertama memutuskan larangan penjualan arak.

Maklumat yang saya terima dari penduduk kawasan seksyen 16 shah alam, Sebuah kedai runcit menjual minuman arak dan alkohol adalah dibawah kawasan ‘jagaan’ YB Khalid samad? Betul ke YB? Selepas menerima maklumat ini penulis bergegas ke kedai yang dimaksudkan untuk membuat risikan dan mendapati apa yang dilaporkan adalah benar. lihat bukti yang dipaparkan

Peti ais dimana tin – tin arak dipamer dan dijual secara terbuka kepada orang awam

Gambaran secara dekat bagi memastikan benar – benar yang dijualnya adalah arak.

Kedai¬† “jagaan” kawasan MP Shah Alam yang menjual arak dan minuman beralkohol (*Sebahagian daripada nama kedai itu terpaksa dikaburkan atas permintaan pelapor)

Ini ke cara MP Shah Alam “MENJAGA” kawasannya? Sampaikan Kedai arak dikawasan dia pun tak perasan apatah lagi bermimpi untuk menjadi pemimpin tertinggi pas? Inilah akibatnya apabila sibuk menganjur jamuan makan sahaja tetapi kawasan jagaan dilupai!

klik link ini untuk baca kenyataan arak YB Khalid dalam blognya

click sini¬† ———->Khalid_blog <———- click sini

YB Khalid Samad tidak layak untuk menjadi MP Shah Alam kerana beliau gagal menunaikan janji pertamanya iaitu untuk menutup kilang arak di shah alam dan kedua beliau gagal memastikan kawasan parlimen beliau bebas arak. JANGAN ASYIK BERJANJI SAHAJA BILA TIDAK DAPAT DITUNAIKAN

psssstttttt: Bir – bir dalam jamuan YB Shah Alam anjurkan itu di sponsor dari kedai ini ke? Patut tak kena tindakan undang – undang negeri? sebab YB Shah Alam “JAGA” kot?

Print Friendly

This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.