Kepada rakan – rakan blogger UMNO yang marah terhadap @PKamalanathan @MyKMUnet

A94E0438Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada rakan sepejuangan media maya. Walaupun kita dari berlainan parti politik asasnya adalah untuk mempertahankan maruah dan nama Barisan Nasional. BN lah aspirasi kita untuk terus maju dan memajukan rakan – rakan kita supaya Malaysia yang kita sayangi ini tidak jatuh ke tangan yang salah.

Tujuan saya menulis artikel ini kerana saya terlihat 2 artikel online yang diterbitkan oleh portal sahabat kita, MyKMU. Artikelnya yang bertajuk ialah “Kamalanathan patut kaji jawatannya dalam kabinet” dan “Antara Dhanyaraam Chinnathamby dan P.Kamalanathan siapa yang layak jadi Timbalan Menteri” yang timbul kerana YB P.Kamalanathan mengambil serius kes pelajar yang ditempatkan dalam bilik persalinan untuk waktu rehat.

Maka sebagai seorang blogger yang menyokong MIC dan kepimpinan P.Kamalanathan, saya rasa saya patut campur tangan dalam hal ini. Kepada rakan – rakan Blogger UMNO, pertama sekali saya ajak kita semua bersabar dan tenang dalam menganalisis keadaan sebijaknya. Tahukah rakan – rakan sekalian tindakan YB P.Kamalanathan telah mematikan hasrat pembangkang untuk terus mainkan isu ini sehingga menjadi isu nasional dan panas. Anda semua tahu kemampuan pembangkang yang mampu memutarbelitkan semua fakta jika orang kita gagal atau lambat mengambil tindakan lebih-lebih lagi dengan adanya media baru, apa sahaja yang dilihat oleh orang akan mereka percaya terus. Saya nak bagi contoh sikit kepada rakan – rakan semua. Kes Kematian dalam lokap yang melibatkan saspek india, oleh kerana pihak Kementerian Dalam Negeri lambat memberi respon kepada tuduhan yang dilemparkan maka ia terus menjadi bullet untuk pembangkang untuk terus menjadikan media sosial sebagai medan memaki kerajaan Barisan Nasional sehingga menyebabkan masyarakat india mudah percaya.

Saya juga ingin kupas sedikit isu Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, bagi saya pihak pengurusan sekolah juga telah melakukan kesilapan. Ini kerana mereka sudah mengetahui bahawa kantin sekolah sudah tidak dapat menampung sejumlah pelajar pada bulan MAC awal tahun ini. Sudah 4 Bulan berlalu, sepatutnya Kantin sekolah sudah harus diperbesarkan lagi lagi bulan lepas terdapat 2 minggu cuti sekolah yang sepatutnya boleh digunakan untuk membaiki kantin tersebut. 4 Bulan adalah agak lama dan pihak sekolah seharusnya memberi tekanan kepada pihak PPD dan Pihak PPD kepada Pihak Jabatan Selangor untuk mempercepatkan pembinaan kantin tersebut. Walaubagaimanapun bilik persalinan adalah TIDAK SESUAI SAMA SEKALI untuk dijadikan sebagai ruang makan.

Saya pun seorang guru, patutnya pihak pengurusan sekolah harus menyelaraskan waktu rehat bagi setiap darjah murid sekolah tersebut. Dengan pengasingan waktu rehat yang berlainan saya percaya Kantin Sekolah mampu menampung kadar murid dalam sesetengah darjah. Kalau dilepaskan sekaligus macam dari kandang lembu, memang keadaan itu akan sesak dan susah bagi pihak pelajar.

Jadi saya percaya kesalahan terletak di pihak sekolah terlebih dahulu, kenapa salahkan Timbalan Menteri pendidikan yang pantas dan tegas mengambil tindakan supaya ia tidak terus dijadikan mainan politik pembangkang? Saya kenal sangat dengan Yb P.Kamalanathan yang mempunyai nama jolokkan sebagai YB 1 Malaysia. Jangan mengandaikan YB. P.Kamalanathan bertegas sekarang kerana membabitkan pelajar bukan islam, bukan begitu jika hal ini berlaku pada hari yang biasa saya percaya beliau tetap akan mengambil tindakan yang sama dan sewajarnya. Segalanya demi kebaikkan anak kita pada hari ini dan esok. Jangan mengambil hati dengan kenyataan YB P.Kamalanathan, sebab ada rakan tuduh yb ini racist dan sebagainya, itu tidak benar sama sekali. Anggaplah ia sebagai satu peringatan dan teguran agar tiada kesilapan berlaku pada masa yang akan datang.

Jadi Masalah Sekolah Kebangsaan Sri Pristana sudah diselesaikan secara baik, YB Kamalanathan juga turut menyumbangkan duitnya sebanyak Rm10,000 untuk penambahan kerusi meja di kantin tersebut. Semangat sebegini yang kita perlukan dalam membentuk masyarakat yang intelek dan majmuk.

Saya harap rakan  – rakan blogger UMNO faham akan isu ini. Pokoknya Isu ini telah diselesaikan tanpa melibatkan pembangkang. Ayuh kita terus bersatu demi perikatan sahabat kita yang kuat dan Barisan Nasional.

Sekian.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional. Bookmark the permalink.