Kepada semua penjenayah : Serah diri jika tidak mahu mati

operasi cantas(m)Semenjak OPS CANTAS dilancarkan lebih daripada 3000 orang penjenayah ditangkap, penjenayah yang diklasifikasikan sebagai CODE RED ditembak mati oleh Pihak Polis. Begitu juga 5 penjenayah berbangsa india ditembak mati oleh pihak polis di Penang bulan lepas, seorang penjenayah berbangsa cina 2 minggu lepas di Penang dan terbaru 2 penjenayah berbangsa india di Melaka semalam. Ramai rakan – rakan media sosial online menuduh PDRM Racist kerana hanya menembak mati penjenayah berbangsa india manakala penjenayah Cina dan Melayu tidak ditembak mati. Saya minta rakan – rakan media online tersebut buat kajian, google sikit tengok faktanya, Bulan lepas Polis menembak mati seorang pemuda Melayu di Kota Bahru. Sememangnya tidak boleh dinafikan  gangsterisme majoritinya dari kalangan pemuda india. Bukan dikatakan tiada penjenayah dari kalangan lain, skop jenayah mereka lain daripada yang dilakukan oleh  penjenayah india.

agneepath-sanjaySecara keseluruhan penjenayah berbangsa India dipanggil “ALL IN ALL” ini mereka boleh melakukan apa sahaja. Sebagai contoh semua tahap jenayah yang terlalu extreme seperti ragut, tetak, culik , gaduh, pertempuran gang, mengedar dadah, menjadi orang suruhan kepada VIP, menembak, membunuh samaada menggunakan parang atau pistol dan menjadi pembunuh kontrak.

Penjenayah berbangsa cina pula lebih kepada pendominasian dadah, penyeludupan, bookie, nombor judi haram. Penjenayah berbangsa cina lebih suka menjadi bos dan menjadikan penjenayah india sebagai orang suruhan bagi melakukan segala tugas. Dengan ini, Penjenayah Cina kebanyakkan menyimpan situasi mereka selamat dengan menggadaikan nyawa penjenayah india.

Kalau penjenayah melayu pula lebih kepada, ragut, merompak, Bookie, pecah masuk rumah, seludup dan menguasaan kawasan. Kes bunuh pun ada tetapi tidak mencapai tahap CODE RED yang dilakukan oleh penjenayah India.

UnReportedNews_Gang041Nasihat saya kepada semua penjenayah, bekas tahanan EO, banduan, penjenayah tegar (Baru), Serah diri anda kepada pihak polis sebelum anda ditembak mati dalam ops cantas jika mahu hidup bahagia bersama keluarga. Tidak perlu berfikir untuk melarikan diri untuk negara jiran untuk mendapatkan perlindungan. Cukup segala kejahatan dan kemusnahan yang dilakukan anda semua. Waktu untuk mendapat penebusan atas dosa – dosa yang kamu telah lakukan. Fikir keluarga anda sejenak, apakah anda sanggup melihat keluarga anda meratapi mayat anda selepas ditembak mati oleh pihak polis atau serah diri dan jalani hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah,kemudian keluar dan hidup bahagia dengan keluarga.

Pilihan ditangan anda semua. 

Print Friendly

This entry was posted in Kaum India, Kebajikan, Lain - lain, News, Rakyat. Bookmark the permalink.