Kerana mahasiswa atau mahANWAR?

Seramai 150 orang mahasiswa turun berdemo di PWTC kononnya mereka adalah kelompok MAHASISWA BEBAS yang menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Akan tetapi tindakan mahasiswa tidak menampakkan kepentingan AUKU malah ia lebih kepada mengucar -kacirkan mahasiswa semata – mata untuk kepentingan politik anugerah tuhan ANWAR IBRAAAAHIM! Kenapa saya katakan ia “DEMO UNTUK ANWAR”

1) Kenapa TIAN CHUA naib presiden PKR perlu hadir ke demo yang dihadiri oleh Mahasisiwa? Bukankah Mahasiswa berdemo untuk AUKU, atas status apa Tian Chua hadir?

bagi pembaca yang tidak tahu siapa Tian Chua, sila rujuk gambar dibawah


Tian Chua merupakan Naib Presiden PKR

2) kenapa perlu turunkan bendera gambar Datuk Seri Najib sedangkan AUKU diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran dibawah kepimpinan Tun Abdul Razak. Patutnya bendera gambar Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir patut diturunkan! kenapa tidak berbuat demikian?

3) Siapa Sebenarnya ketua batalion mahasiswa yang menurunkan bendera gambar datuk Sri Najib juga memberi kata – kata hasutan mahasiswa yang hadir!

Pemuda itu dikenalpasti sebagai Adam Adli yang berumur 23 tahun dari Pulau Pinang. Dia juga merupakan Penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris iaitu IPTA Kerajaan! Belajar menggunakan dana kerajaan tetapi derhaka kepada kerajaan juga! Siapa sebenarnya mamat ini? siapa yang mengapikan mamat ini? tak lain tak bukan *drums roll*

Mamat Adam bersama #papajahat. Mahukah saya terangkan lagi atau gambar ini sudah memadai isi tersirat penurunan bendera Datuk Seri Najib? Kerana Auku atau Kerana Anwar?

Setelah kalian baca artikel ini, adalah anda masih rasa bahawa demo yang diadakan diPWTC adalah semata – mata untuk menghapuskan AUKU atau Anwar menggunakan kuasa mahasiswa untuk membinasakan negara ini hanya untuk mencapai cita – cita beliau untuk menjadi PERDANA MENTERI KE 7? Fikir- fikirkanlah!

pssst : DEMO untuk AUKU atau ANWARKU? Saya sebagai Mahasiswa berasa amat malu akan tindakan mahasiswa yang lain. Yang pasti Mahasiswa ini tidak mewakili semua mahasiswa yang berada di Malaysia. Bilalah Mahasiswa ini nak sedar yang mereka ini diperalatkan oleh Si #Papajahat! dengar kata mereka tak nak minta maaf untuk tindakan menurunkan bendera, kalau penulis kopek keluar stiker gambar dari IC bapak hang, lu akam diam kah?

Print Friendly

This entry was posted in Lain - lain, News, Pakatan Rakyat, PKR and tagged , , . Bookmark the permalink.