Khir Toyo dipenjara 12 bulan bukti Kehakiman Malaysia tidak pilih kasih!

Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Dr Khir Toyo, Bekas Menteri Besar Selangor dan Adun Sungai Panjang bersalah dalam menerima rasuah berbentuk rumah. Hakim memutuskan terdapatnya bukti kukuh yang mengaitkan Dr Khir Toyo melakukan kesalahan tersebut sewaktu beliau masih memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Keputusan mahkhamah ini menunjukan kehakiman negara tidak memilih kasih dan bersikap adil, Ini kerana ada sesetengah pihak mencalar nama baik Bidang Kehakiman Negara dengan mengatakan Bidang kehakiman sentiasa menurut arahan pentadbir negara. SYABAS SAYA UCAPKAN KEPADA KEHAKIMAN MALAYSIA.

Apa yang penulis ingin tegaskan ialah, jangan bersikap retorik apabila Mahkamah memutuskan Anwar Ibrahim bersalah pada 9 Januari nanti. Keputusan Mahkamah terhadap Dr. Khir Toyo adalah bukti menunjukan Mahkamah tidak pernah dan tidak akan pilih kasih dalam memberi pengadilan. Kepada Anwar Ibrahim dan kuncu – kuncunya, Jika anwar disahkan atau diputuskan bersalah jangan bersikap biadap di mahkamah ataupun mencemuh hakim dan bidangnya sebaliknya minta Anwar Ibrahim untuk membuktikan dirinya tidak bersalah atau suruh dia menerima hukuman untuk kesalahan yang dilakukannya. Spesis ini memang patut dipenjarakan kerana suka menghasut orang sehingga hilangnya keamanan dalam Malaysia.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Lain - lain, News, Selangor and tagged , , , . Bookmark the permalink.