Kronologi di sebalik tuduhan poster orang tua makan dengan tangan kiri

Satu poster Barisan Nasional yang memaparkan seorang warga emas yang berbangsa india makan dengan tangan kiri menjadi isu di media siber. Mereka mengatakan bahawa kaum india “dihina” sekali lagi dengan banner tersebut tetapi jika dilihat secara teliti, saya perasan bahawa kesalahan teknikal menjadi punca gambar itu tersalah makna. Ayuh kita kaji sedikit kesilapan yang berlaku.

indiamakantangankiri

Poster yang dimaksudkan oleh pihak pembangkang

Sebenarnya pereka banner itu “TERSALAH” rotate gambar menyebabkan salah faham ini timbul. Cuba lihat 2 perincian penting dalam gambar ini.

indianmakanbulat copy

Perhatian Poket dan tangan kiri warga emas dalam gambar itu. Semenjak bila poket ada dibelah kanan baju? dan yang si pelakon sudah tentu sedar apabila disuruh makan dengan tangan kiri. Cuba lihat gambar yang penulis telah rotate-kan kepada keadaan yang sepatutnya.

selepasrotate

Ini posisi sepatutnya. Kini tangannya dan poketnya berada di tempat yang betul.

Kesalahan yang kecil mengundang kesalahfahaman diantara kita semua. Nasihat saya kepada semua, janganlah benda yang remeh pun dijadikan isu, banyak lagi benda yang harus diberi perhatian, kesilapan memang akan berlaku. Biasalah manusia mana yang sempurna sepenuhnya. Kepada pereka banner dan poster tak kira kepada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Silalah teliti rekaan anda sebelum menghantarnya untuk cetakan. Minta orang lain untuk mengesahkan dulu. Mana tahu ada kesalahan kecil yang anda terlepas pandang.

Psstttt: Benda Kecil je, Nak tahu apa benda besar? Hari ini 200 orang india penyokong kuat anwar ibrahim di permatang pauh keluar parti.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Kaum India, News, Pakatan Rakyat, PRU13, PRU13 - MIC, PRU13 - Terkini. Bookmark the permalink.