Kuddi Raja, Motor Rani

KUDDI (Minum Alkohol) RAJA, Motor Rani. Dua individu berasingan yang saya boleh katakan adalah tidak bertanggungjawab malah tidak layak diberi gelaran ibu bapa. Semua tahu, profession saya adalah dalam perguruan dan pendidikan namun saya lebih peka mengkaji sikap dan perwatakan ibu bapa yang sebenarnya membentuk sahsiah anak – anak mereka. Ada sebilangan ibu bapa yang suka menuduh guru sekolah gagal membentuk anak mereka ke jalan yang betul kerana anak mereka menghabiskan lebih masa di sekolah berbanding di rumah. Kepada ibu bapa tersebut, maaf bukan kami yang gagal, anda sebenarnya telah gagal meyakinkan, menasihati malah memimpin darah daging anak anda sendiri. Pelajar hanya menghabiskan 7 jam sahaja berada di sekolah,bakinya di rumah. Tugas guru bukan menjadi PENGASUH ANAK ANDA tetapi PENDIDIK.

Balik kepada isu Kuddi Raja, satu gambar yang disangka bahan gurau telah mendapat kritikan luas daripada masyarakat khususnya daripada komuniti india.

IMG-20131003-WA0003Saya tidak pasti siapa yang muat naik gambar ini dalam facebook tetapi terbukti telah mendapat perhatian komuniti media online. Dalam gambar tersebut si kecil diberi minuman keras (Bir berjenama TIGER) oleh seorang individu yang dipercayai bapa kepada si kecil tersebut.

Apakah sesuai si kecil ini “dilatih” untuk menjadi pemabuk oleh ayahnya sendiri? Jika setiap kali atau setiap minggu perkara ini berlaku, apa yang akan jadi kepada si kecil itu? Jika ia dikatakan sebagai satu gurauan, bukankah ia sudah terlalu extreme? Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Saya tahu tidak ramai bapa sedemikian, ¬†hanya segelintir sahaja.

IMG_00000446Baik sekarang kita lihat segelintir Ibu pula. Ibu adalah individu yang teristimewa dalam dunia ini. Tiada pengganti kepada ibu walaupun anda mungkin mempunyai mendapat yang berlainan tetapi tanpa seorang wanita tak mungkin kita berada di dunia ini. Sayang dalam gambar ini ibu bagaikan tidak kisah akan keselamatan anak – anaknya. Saya sendiri rakam gambar ini di waktu pagi dalam perjalanan ke sekolah, ibu ini nampaknya dalam perjalanan untuk menghantar anak ini ke sekolah SJK (T). Dah lah melebihi pembonceng yang sepatutnya, mereka pula tidak dikenakan topi keledar. Jika kemalangan berlaku, apakah ratio kanak – kanak itu akan terlepas daripada maut? Perhatikan kaki pelajar terbabit, Jika tersangkut dalam tayar belakang? Jika diasak oleh kereta lain? Jika ibu itu gagal mengawal motorsikal terbabit? Siapa yang ibu itu akan salahkan? Rata – rata menyesal apabila kemalangan maut telah berlaku.

Tidak ramai yang dapat gelaran IBU BAPA, ramai pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak, hari – hari berdoa kepada tuhan agar dikurniakan cahaya mata walaupun seorang. Mereka tahu hidup mereka tidak lengkap tanpa seorang cahaya mata. Yang mendapat cahaya mata pula bagaikan tidak berterima kasih kepada tuhan. Jangan ingat tuhan hanya akan memberi, apabila jika anda tidak menghargainya, DIA akan ambil balik dalam apa jua cara. Hargai anak anda, dia adalah cebisan daripada darah daging anda.

Print Friendly

This entry was posted in Kaum India, Kebajikan, MIC. Bookmark the permalink.