Lelaki Hindu hina Islam DITAHAN, Pendakwah Islam Hina Hindu BEBAS?

Penulis pernah berkata bahawa penulis dan rakan – rakan penulis yang lain tidak akan sekali – kali akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang mengejek,menpersenda, mahupun menghina kepercayaan agama mana- mana kaum. Penulis tidak menukar pendapat walaupun salah seorang daripada kaum penulis ditahan pihak polis kerana posting facebooknya yang menghina  agama Islam dan Nabi Mohammad. SAYA SOKONG SEMUA PENGHINA AGAMA DITAHAN.HORMAT KEPADA SEMUA KEPERCAYAAN MASING – MASING.

Persoalan sekarang, Penulis dan rakan penulis pernah membawa isu Dr. Zakir Naik, ia itu seorang pendakwah Islam asalnya dari Mumbai India terkenal dengan pernyataan yang menghina ajaran agama lain khususnya agama Hindu,Kristian,Sikh, Buddha dan sebagainya. Beliau sentiasa mengutuk agama lain dalam setiap sesi ceramah beliau.

sila baca posting penulis terdahulu :

Innocence of Muslims VS Zakir naik : Apakah kita akan bersatu menentang “penghinaan agama”? – http://www.shizone.com/?p=2413

Oleh kerana beliau terkenal dengan kenyataan yang menghina agama lain, beliau telah dilarang memasuki beberapa negara termasuk Britian dan Canada (Toronto);

Kenyataan beliau yang menghindu penganut HINDU Sedunia :

Link :

Controversial Muslim televangelist Zakir Naik banned from Toronto conference – http://news.nationalpost.com/2010/06/22/controversial-muslim-televangelist-zakir-naik-banned-from-toronto-conference/

Zakir Naik banned from entering UK – http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/32545-zakir-naik-banned-from-entering-uk

Beliau juga dikritik dan beberapa laporan terhadap beliau diserahkn kepada Kerajaan India

Link :

Dr. Zakir Naik insults Shri Ganesh and Hinduism : Complaints lodged at Mumbai, Pune and Panvel : http://hindujagrutiorg.blogspot.in/2012/09/dr-zakir-naik-insults-shri-ganesh-and.html

Video – Video yang menghina agama lain :

[link]

 Klip Dr. Zakir Naik yang menghina Dewa Ganapathi – http://www.youtube.com/watch?v=yoGgOQQz9vE

Klip Dr. Zakir Naik yang menghina Sikh – http://www.youtube.com/watch?v=2sdw2njORxQ

Kini Dr.Zakir Naik berada di Malaysia untuk jelajah dakwahnya akan berucap di 6 negeri. Penulis berpendapat bahawa seseorang seperti Dr.Zakir Naik tidak sesuai untuk berada di Malaysia kerana kita di Malaysia hidup dalam pelbagai kaum , agama dan pernyataan yang dibuat oleh Dr.Zakir di Malaysia boleh menyebabkan ketegangan kaum. Jika beliau boleh menyebabkan rakyat negara sendirinya marah terhadap kenyataan beliau yang BUTA agama lain, apatah lagi di Malaysia. Penganjurnya, Shah Kirit juga terkenal pernah menghina kepercayaan agama hindu beberapa tahun lalu melalui laman youtube (videonya telah dikeluarkan setelah menjadi isu).

Satu laman Facebook telah ditubuhkan bagi menunjukkan bantah terhadap Dr.Zakir naik untuk datang ke Malaysia:

Kami Bantah Dr.zakir ke Malaysia | Promote your Page too
 

Dalam isu – isu membabitkan penghinaan agama, sesiapa sahaja tidak seharusnya berkompromi atau bersuhabat. Jika salah, mengaku salah dan bersatu menegakkan keadilan. Jika apa yang dibuat oleh pemuda hindu yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SALAH, maka apa yang dilakukan oleh pendakwah Zakir naik adalah salah dan patut dibatalkan lawatannya ke Malaysia. Ingat kita sebagai rakyat malaysia hidup majmuk dalam pelbagai kaum adalah seakan saudara yang perlu menjaga kebajikan sesama sendiri, janganlah kita biarkan anasir luar untuk memecah belahkan ‘Keluarga’ kita yang “BESAR”.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Kaum India, Kebajikan, Mahasiswa, News, NGO, Pakatan Rakyat, PAS, PDRM. Bookmark the permalink.