Lim Guan Eng dan Dato Seri Azizan pun Sokong 1 MALAYSIA!

Sekilas mata memandang gambar diatas, ia tidak mempunyai sebarang jenis perbezaan kerana ia merupakan gambar Menteri Besar,Ketua Menteri dengan Perdana Menteri dan Timbalannya. Tetapi apabila diteliti gambar itu, 2 orang, satu Ketua Menteri dan lagi satu Menteri Besar secara senyap menunjukan sokongan mereka kepada Slogan 1 Malaysia.

Yang Pertama : –

YB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam gambar tersebut memakai Pin 1 Malaysia. YB Lim pernah memakai baju kuning sewaktu program berbasikal bersama Perdana Menteri, kini secara senyap menyokong Slogan 1 Malaysia.

Satu lagi Menteri Besar ialah :-

Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan juga memakai pin 1 Malaysia, juga saya percaya secara senyap menyokong Perdana Menteri.

Ramai dari pihak pembangkang termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kedah mengatakan slogan 1 malaysia ini tidak bagus dan bias tetapi secara diam – diam mereka menyokongnya. Menteri Besar Selangor pula takut sehingga menghalang penggunaan logo 1 malaysia di Selangor dan digantikan dengan slogan “SelangorKu“. takut?

pssstt: Ramai yang akan spin kata pin itu dipakai sekadar protokol gambar jadi dimana protokol itu ketika program PM berbasikal bersama ketua menteri yang memakai baju kuning dengan geng basikalnya di Pulau Pinang. Nampaknya ramai yang sokong 1 Malaysia tetapi secara diam diam saja, kalau Boss mereka tahu kena gag order pulak!

Credits to : Yogendrans for the pictures / Terima Kasih Kepada saudara Yogendrans untuk media yang disalurkan.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, DAP, Lain - lain, News and tagged , , . Bookmark the permalink.