Luahan hati seorang pengundi mengenai YB @Pkamalanathan

Walaupun MIC dicaci, dimaki dalam kalangan Masyarakat India, ada juga segelintir masyarakat yang menghargai sumbangan dan bantuan yang telah diberi melalui MIC.  Yang dapat bantuan akan sentiasa menhargai, ada juga yang mendapat bantuan melalui MIC tetapi mereka terus mencemuh MIC.

Dalam keadaan PRU yang 13, Parti Politik masing – masing mengemukakan calon – calon terbaik mereka untuk dipertandingkan. Ketika ini luahan hati seseorang pengundi boleh menentukan kekaliberan seseorang calon.

Terbaru bacalah luahan hati seorang pengundi Bandar Tun Razak mengenai YB P.Kamalanathan Penyandang Ahli Parlimen Hulu Selangor.

Siapakan dia Saudara P.Kamalanathan?

– with P.Kamalanthan (sorry i cannot tag since his FB acc has reached the friend request limit)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu, nama saya adalah Mohd Khairul Anwar, saya berusia 30tahun dan adalah pengundi di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Izinkan saya mengambil masa lebih kurang 5minit dari masa tuan dan puan untuk saya menceritakan serba sedikit pengalaman saya berurusan dengan calon BN di kawasan Parlimen Hulu Selangor ini iaitu Saudara P.Kamalanathan.

Untuk makluman semua, saya mengenali beliau semasa menjadi Pengarah Program di Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-31, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu pada tahun 2004. Persatuan yang diuruskan sepenuhnya oleh pelajar ini mendapat kepercayaan penuh dari Pentadbiran Universiti untuk mengendalikan program yang terbesar dianjurkan pada setiap tahun. Dengan kos pengurusan yang mencecah lebih setengah juta ringgit ketika itu, ia adalah satu-satunya persatuan pelajar di Universiti Awam yang mampu bergerak dengan sendirinya.

Sebagai unit perancang bagi aktiviti-aktiviti sepanjang Pesta Konvokesyen yang dijalankan sepanjang 5hari tersebut, kami harus mencari penaja bagi setiap program yang akan diadakan. Ini adalah kerana kos untuk menganjurkan sesebuah program akan menelan kos dari RM5,000-RM25,000. Salah satu program yang diaturkan adalah Pertandingan Memasak Inter Anak-Anak Negeri.

Bagi mencari penaja sesuatu program ia adalah perkara yang sukar kerana kebanyakan syarikat-syarikat diluar memandang rendah terhadap keupayaan pelajar memberikan pulangan berbentuk komersil yang setimpal di atas sumbangan yang telah mereka berikan.

Untuk itu, kami telah menghantar banyak kertas kerja kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan industri pemakanan. Antara syarikat yang telah dihubungi adalah Beras Wangi Sdn Bhd. Tidak lama selepas itu, saudara P.Kamalanathan sebagai Pengurus Perhubungan Awam telah menghubungi kami dan ingin berjumpa bagi mengetahui lebih lanjut mengenai beberapa perkara berkaitan sebelum boleh memutuskan sebarang bentuk sumbangan yang boleh diberikan oleh syarikat tersebut kepada kami.

Semasa berurusan dengan beliau, kami mendapati beliau tidak kekok berkongsi idea dan juga membimbing kami dalam menambah baik pengisian program yang akan dilaksanakan kelak. Hasil daripada beberapa siri pertemuan tersebut, kami dapati apa yang kami perolehi adalah jauh melebihi dari apa yang dimohon. Kami sebagai pelajar pada ketika itu kagum dengan daya usaha beliau dalam membantu kami, walhal beliau boleh memberikan apa yang sekadar diminta sahaja pada ketika itu ditambah pula persatuan kami ini ditafsir sebagai pihak yang pro-pembangkang.

Apabila melihat beliau menjadi calon BN diperingkat Parlimen di PRU-13 ini, saya merasakan adalah tanggungjawab kami pula membalas budi apa yang telah beliau laksanakan hampir 10tahun dahulu. Sesungguhnya kualiti yang ada pada Saudara P.Kamalanathan harus dicontohi oleh semua pimpinan pemuda BN. Walaupun ketika itu beliau bukanlah sesiapa pun dipentas politik negara, tetapi sumbangan besar beliau dimata kami amatlah bermakna dan tidak boleh dilupai.

Kepada semua bakal pengundi di Hulu Selangor, saya yakin dan dan percaya anda tidak akan salah buat keputusan jika undi adalah untuk P.Kamalanathan!

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Mohd Khairul Anwar Bin Che Aziz
khairul232@yahoo.com

Calon MIC mendapat pengiktirafan daripada seorang pengundi yang bukan dari kawasannya. Ingat masih ada lagi “produk – produk” dari Parti MIC yang boleh menyumbang kepada rakyat Malaysia. Masih belum terlambat untuk ubah persepsi! Ayuh bantulah MIC, sama – sama kita bawa satu pembaruan.

Print Friendly

This entry was posted in PRU13, PRU13 - MIC, PRU13 - Terkini, Rakyat. Bookmark the permalink.