Maafkan ibu, Nak. Ibu lebih sayangkan Pakatan Rakyat

Ungkapan diatas amat sesuai digunakan terhadap ibubapa yang sanggup “mengorbankan” anak mereka demi kepentingan parti politik khususnya parti pembangkang yang terlibat dalam demo bersih 3.0 baru – baru ini. Sudah menjadi lumrah prinsip parti pembangkang yang suka berbentengkan Wanita dan Kanak – Kanak dalam setiap isu. Kenapa saya katakan begitu? Baru – baru satu gambar menjadi hebahan dalam internet dimana seorang pelajar dipercayai dari sekolah rendah menjawab soalan latihannya dengan menggunakan “Bersih 3.0”.

Apakah ini tanggungjawab sebenar Ibubapa? membawa si kecil berdemo? Bukankah dia sepatutnya dirumah atau dijaga baik dari segi keperluannya. Bagi mereka yang merasa bangga akan Berih 3.0, perhatikan gambar seterusnya dan justifikasikan pendapat anda!

Kanak – kanak yang saya percaya pelajar sekolah rendah dibawa oleh ibubapa mereka untuk menyertai demo Bersih 3.0! Adakah anda setuju pengelibatan Pelajar sekolah rendah dalam Perhimpunan ini?

Bukankah ini satu kesalahan demonstrasi dimana pengelibatan kanak – kanak ditegah sama sekali? Apakah Suhakam buta atau terlepas pandang?

Perhatikan si kecil yang bersama ibunya. Apakah si kecil itu perlu berpanas untuk perhimpunan yang dia tak faham apa tujuannya? Patutlah mereka menulis cuaca amat panas sewaktu mereka menyertai perhimpunan bersih 3.0!

Kebanyakkan kanak – kanak yang hadir pada hari tersebut adalah anak kepada wakil – wakil ahli PAS yang menyertai perhimpunan tersebut. PAS sememangnya sudah terpesong arah dan selalu berbentengkan wanita dan kanak – kanak. Saya berharap pihak suhakam bertindak adil terhadap ibubapa yang hadir membawa kanak – Kanak menyertai demo tersebut!

psssttttt : Bayangkan si kecil terhidu gas pemedih mata yang terpaksa ditembak oleh FRU berikutan kekacauan yang dimulakan oleh pendemo? Fikirlah!

Print Friendly

This entry was posted in Bersih 2.0, Bersih3.0, DAP, Kebajikan, Lain - lain, News, NGO, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, PRU13, Rakyat, Selangor and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.