Mahasiswa Berkhemah, Pembangkang Berumah!

Sudah hampir seminggu (segolongan) mahasiswa bertapak di Dataran Merdeka bagi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN sepenuhnya. Walaupun ia dibayangi oleh pemimpin pembangkang, Adam Adli masih menafikan pengelibatan pembangkang dalam DEMO BERKHEMAH PTPTN tersebut. Ingin saya tanyakan kepada semua Mahasiswa yang sanggup berkhemah di dataran Merdeka. Dimanakah penghasut atau pemimpin pembangkang anda sewaktu anda tidur dalam khemah? Pernahkah anda terfikir? Sebenarnya pemimpin / penghasut anda nyenyak tidur dirumahnya.

Rumah Dato Sri Anwar Ibrahim, Datin Wan Azizah, dan YB Nurul Izzah. Sungguh selesa!!

Anda pula? tidur berbumbungkan khemah? tidur lena? tanpa gangguan nyamuk? inikah objektif atau harapan Ibubapa anda? melihat anaknya “diperkudakan” untuk kepentingan politk pembangkang? Fikirkan!

Ingin saya tanya lagi, YB Tian Chua dan YB Nurul Izzah Sangguh turun melawat mahasiswa yang berkhemah sejak seminggu lalu, adakah mereka sanggup bermalam bersama mahasiswa tersebut?.Kata sokong kepada demo tersebut tapi orang yang menghasutnya tidak mahu turut berkhemah dengan mahasiswanya? Kenapa?

Apakah hanya YB YB yang menghasut itu mempunyai keluarga untuk dijaga selepas waktu berkhidmat dan Mahasiswa – Mahasiswa yang berkhemah itu bagaikan “anjing liaran” dimata pemimpin pembangkang?

psssttt : Anda adalah MAHASISWA bukanya MAHA SISA! Fikir demi masa depan anda! Ingat pada ibu dan bapa dirumah!

Print Friendly

This entry was posted in Bersih 2.0, DAP, Mahasiswa, News, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, PRU13, Selangor and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.